Siakap Keli
Bayi Terbunuh dalam serangan Rusia
Sumber: CBS News

Bayi Baru Lahir Terbunuh Di Ukraine Dalam Serangan Rusia

Seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan terbunuh di hospital di Ukraine semasa serangan udara yang dilancarkan oleh Rusia pada Rabu, lapor CBS News.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine, bayi tersebut yang baru berumur dua hari dilahirkan di sebuah hospital di Vilnyansk yang terletak di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine.

Bagaimanapun, serangan udara yang dilancarkan oleh Rusia menyasarkan bangunan hospital tersebut dan telah menyebabkan runtuhan berlaku.

Memetik BBC News, ibu bayi tersebut adalah satu-satunya pesakit di hospital pada ketika itu dan telah diselamatkan oleh pihak penyelamat bersama dengan seorang doktor yang bertugas.

Sementara itu, Olene Zalenska berkongsi dalam laman Twitternya, @ZalenskaUA dengan memuat naik, “Kami tidak akan lupa dan tidak akan memaafkan. Takziah saya ucapkan kepada bayi tersayang,”

Menurut CBS News, Zaporizhzhia yang merupakan loji nukluer terbesar di Eropah telah diambil alih oleh Rusia yang bersama tiga wilayah lain (Donetsk, Luhansk, Kherson) di Ukraine yang ditawannya pada September lalu.

Selain hospital, terdapat beberapa kawasan lain yang turut diserang pada hari yang sama. Pihak perkhidmatan kecemasan menyatakan mereka bertindak balas terhadap 159 insiden, mengesan dan mengeluarkan 1,453 bahan letupan.

Malah, sejak pencerohohan Rusia ke atas negara itu, sebanyak 288, 508 bahan letupan dan lebih 2,844 telah dineutralkan di Ukraine termasuk 2,154 bom udara.

Bayi Terbunuh dalam serangan Rusia
Kredit: CBS News

Menurut BBC News, dua orang di wilayah Kharkiv terbunuh di sebuah bangunan pangsapuri akibat terkena tembakan. Malah, di ibu kota Kyiv juga terdapat beberapa letupan tetapi  punca sebenar tidak dapat dikenal pasti.

Disebabkan itu, kemudahan infrastuktur di bandar tersebut telah terjejas terutamanya bekalan air dan gangguan elekterik yang turut mempengaruhi bahagian Kyiv, Lviv dan wilayah di Odesa.

Sebelum ini, Rusia dituduh menyerang hospital bersalin di Mariupol awal tahun ini, di mana sekurang-kurangnya 17 orang cedera.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, “Orang ramai dan kanak-kanak berada di bawah serpihan itu.” Disebabkan insiden itu, presiden tersebut mengklasifikasikan tindakan berkenaan sebagai satu kekejaman.

Sumber: CBS News

Florence Nuar