Siakap Keli
pihak polis mendapati sebuah tangga besi tersandar pada sebatang pokok kelapa selain sepasang sandal merah dan sebungkus rokok serta pemetik api yang diletakkan di atas dinding pagar.
Kredit: Thaiger

Lelaki Maut Ketika Panjat Pokok Kelapa

Seorang lelaki warga Thailand maut ketika cuba memanjat pokok kelapa di rumahnya di Samut Sakhon, Thailand pada Selasa, lapor Thaiger.

Mangsa yang berusia 45 tahun dari wilayah Roi Et itu dikatakan mempunyai penyakit kronik menyebabkan dia terpaksa berada di rumah.

Disebabkan itu, mangsa pernah meminta isterinya untuk berhenti bekerja dan duduk di rumah untuk menjaganya.

Menurut Thaiger, pegawai dari Balai Polis Krathum Baen dan anggota penyelamat dari Yayasan Ruan Katanyu bergegas ke rumah mangsa selepas menerima laporan.

Bagaimanapun, pihak polis hanya menemui sebuah tangga besi tersandar pada sebatang pokok kelapa selain sepasang selipar merah dan sebungkus rokok serta pemetik api yang diletakkan di atas dinding pagar.

Namun mayat mangsa akhirnya ditemui terapung di saliran air bersama sebiji kelapa di bahagian belakang dinding pagar. Pihak polis menganggarkan mangsa telah meninggal dunia sekitar empat jam sebelum mereka tiba.

Lelaki Maut ketika Panjat Kelapa
Kredit: Thaiger

Kejadian berlaku ketika isteri mangsa pulang dari kerja (hari Selasa) dan tidak menemui mangsa lantas mencarinya di sekeliling rumah.

Isteri mangsa yang menemui selipar mangsa yang diletakkan di sebelah tangga di pokok kelapa lantas bertindak untuk memanjatnya.

Namun, keadaan yang tidak diingini berlaku apabila dia menjumpai mayat suaminya yang terapung dalam saliran air di tepi rumah.

Hal itu kerana suaminya pernah menyatakan hasrat untuk memakan kelapa tersebut kerana dilihat kelihatan sedap, tetapi isterinya mencadangkan untuk membelinya sahaja disebabkan tidak mempunyai kekuatan untuk memanjatnya.

Bagaimanapun, terdapat satu-satunya bukti yang terakam melalui CCTV jirannya, memperlihatkan pergerakan mangsa pada petang itu dimulakan dengan berbaring di buaian sebelum bertindak untuk mengambil tangga dan memanjat pokok kelapa.

Namun, mangsa telah pitam semasa memanjat dan menyebabkan dia terjatuh ke dalam saliran air di belakang dinding pagar rumahnya.

Menurut Thaiger, pada Mei lalu, seorang wanita warga Thailand terkorban ketika mengait kelapa untuk dijual di pasar kerana buah kepala jatuh tepat mengenai kepalanya.

Sumber: Thaiger

Florence Nuar