Siakap Keli
Potong Kaki Lepas Disengat Kala Jengking
Kredit: Thaiger | Sinar Harian

Terpaksa Potong Kaki Lepas Disengat Kala Jengking

Seorang lelaki di Britain bertindak melancarkan laman ‘Just Giving’ untuk mengumpul dana bagi pihak bapanya yang ditahan di hospital di Thailand selepas disengat kala jengking.

Mangsa Alan Stephenson, 73 tahun yang berasal dari Bilton, Warwickshire disengat kala jengking semasa menjelajah Thailand awal bulan ini.

Difahamkan, dia hanya merasakan kesakitan yang tajam tetapi tidak sempat melihat haiwan yang mengigitnya. Malah, keadaan bertambah buruk apabila kakinya sudah dijangkiti.

Mangsa mula menghidapi flesh-eating disease, di mana penyakit itu akan menghilangkan kulitnya iaitu di antara lutut sehingga ke tapak kakinya dan mungkin  menyebabkan kakinya perlu dipotong.

Sementara itu, anak lelakinya, Kristian, 44, cuba membawanya pulang tetapi berdepan dengan masalah kewangan iaitu sebanyak £18,000.

Bagaimanapun, Kristian  mendedahkan bahawa dia mendapat panggilan telefon daripada bapanya yang mengadu sakit yang kini berada di hospital (ketika itu).

‘Hospital teruk dan tidak mempunyai sumber…’

Kristian mendapati keadaan di hospital tersebut teruk dan tidak berkualiti, selain takut nyawa bapanya akan semakin terancam jika mendapat rawatan di situ.

Menurutnya, lipas berada di siling wad manakala kucing liar melompat ke atas dulang makanan yang dikhaskan kepada pesakit. Bukan itu sahaja, malah bapanya juga terlupa tentang visanya.

“Ia seperti sesuatu dalam ‘Banged Up Abroad’, Rancangan TV UK yang memaparkan kisah-kisah yang tragis yang berlaku dalam komuniti masyarakat.

“Hospital ini teruk dan tidak mempunyai sumber untuk melakukan apa-apa dengan kakinya. Saya rasa dia akan meninggal dunia di sini,” kata Kristian.

Lantas, Kristian bertindak untuk memindahkan bapanya ke hospital yang lebih bersih tetapi dia memerlukan wang untuk membayar rawatan ayahnya itu.

Tambahan lagi, ayahnya disahkan menghidap diabetes yang telah menyumbang kepada jangkitan yang merebak luas pada kakinya itu. Menurut para doktor yang merawat Stephenson, kakinya perlu dipotong.

“Kakinya kelihatan mengerikan ditambah lagi dengan pergerakan yang terbatas, dia kini mengalami kudis yang teruk,” kata Kristian

Ketika kejadian, Stephenson pergi ke tempat tinggalnya lalu menjual barang-barang untuk menampung kos hospital yang dikatakan mahal.

Bagaimanapun, pembedahan untuk membuang kaki Stephenson telah dijadualkan semula beberapa kali yang telah menyebabkan kos hospital semakin meningkat.

Potong Kaki Lepas Disengat Kala Jengking
Kredit: Thaiger

“Kedutaan British tidak menunjukkan minat dalam kes itu…”

Ekoran daripada itu, keluarga Stephenson telah memohon bantuan daripada Kedutaan British tetapi permintaan mereka tidak diendahkan. Hanya Ahli Parlimen Hull, Karl Turner yang mengambil bahagian untuk membantu.

“Kedutaan British tidak menunjukkan minat dalam kes itu dan kami sering menunggu jawapan yang tidak berbalas. Kami diberitahu bahawa kerajaan UK tidak menyumbang kepada kos untuk menghantar ayah saya pulang,” tambah Kristian.

Menurut Thaiger, Karl Turner disifatkan sangat mengambil berat tentang keadaan dan proses untuk menghantar ayahnya pulang ke UK.

“Karl Turner menghubungi saya hampir setiap hari dengan nasihat dan meyakinkan saya bahawa dia akan mengajukan masalah tersebut kepada atasan. Saya juga tahu itu sahaja yang mampu dilakukannya.

“Saya juga dinasihatkan untuk berhubung dengan pasukan penghantaran khas perubatan yang boleh menerbangkan ayah saya pulang kerana syarikat penerbangan biasa tidak dapat melakukannya,” tambah Kristian.

Nasib menyebelahi mereka kerana mampu untuk menemukan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Menurut Thaiger, Kristian telah menggunakan wang simpanannya untuk menampung bil perubatan yang diterima oleh bapanya setakat ini.

Sebelum ini, Kristian dan isterinya telah menempah penerbangan lain untuk pulang ke UK (sebelum bapanya cedera) dengan bayaran £3,000. Namun begitu, syarikat penerbangan itu enggan membayar balik kepada mereka.

Oleh itu, Kristian telah menubuhkan satu laman ‘Just Giving’ bagi mengumpulkan dana bagi bapanya. Kini, dananya mencecah  £4,607 iaitu masih jauh untuk memenuhi jumlah yang diperlukan iaitu sebanyak £18,000.

“Rancangan sekarang adalah untuk membawa ayah saya kembali ke Hull dan menyelamatkan nyawanya. Kami tahu dia kemungkinan besar akan hilang upaya seumur hidup, tetapi kami berharap dia boleh pulih sedikit,” kata Kristian.

Potong Kaki Lepas Disengat Kala Jengking
Kredit: Thaiger

‘Saya akan terus mendesak menteri kerajaan’

Sementara itu, Karl Turner yang cuba mendapatkan bantuan kerajaan berkata, ” Sejak Kristian menghubungi pejabat saya dan bercakap tentang keadaan ayahnya, saya terus mengutarakan kepada menteri kerajaan secara berterusan untuk melihat sama ada mereka boleh membantu untuk penghantaran pulang Alan ke Britain.

“Saya sedar Kristian kini bersama Alan tetapi nampaknya dia sedang bergelut untuk mendapatkan sokongan daripada pasukan consular British di Thailand.

“Saya akan terus mendesak menteri kerajaan,” kata Turner.

Sumber: Thaiger

 

Florence Nuar