Siakap Keli
Lelaki Kongsi Pengalaman Dijemput Sertai Program Berbasikal
Gambar: Muhammad Zamir

Bermula Dari Hobi, Lelaki Kongsi Pengalaman Dijemput Sertai Program Berbasikal Di London

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bermula Dari Hobi, Lelaki Kongsi Pengalaman Dijemput Sertai Program Berbasikal Di London

Seperti yang diketahui, hobi merupakan sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang sama ada secara individu mahupun berkumpulan.

Ia sebenarnya lebih kepada bagaimana kita menguruskan waktu sedia ada dengan aktiviti berfaedah misalnya memancing, menanam pokok bunga, membaca buku dan termasuk juga berbasikal.

Seperti yang kita ketahui aktiviti berbasikal sesuai untuk dijadikan aktiviti beriadah bersama rakan atau ahli keluarga sewaktu hujung minggu.

Ia sekaligus dapat mewujudkan satu suasana baharu dan secara tidak langsung dapat menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan peluh.

Tidak cuma itu, aktiviti seperti itu juga mungkin akan memberikan peluang yang tidak terjangka kepada kita.

Seperti yang dialami oleh lelaki ini yang telah menyertai program berbasikal di London, England.

Lelaki Kongsi Pengalaman Dijemput Sertai Program Cycling Di London

Gambar: Muhammad Zamir

Berkongsikan kisahnya kepada SK, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Zamir itu merupakan seorang freelance photographer dan videographer.

Beliau mempunyai minat berbasikal bersama rakannya, Izzat Roslan yang merupakan mekanik basikal.

Zamir sewaktu dihubungi SK berkata dia mula berkecimpung dalam arena sukan itu sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia berbasikal dari berat badannya 130kg sehinggalah kini hanya 82kg.

Difahamkan, dia mahu aktiviti yang dilakukannya dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.

Perjalanannya bermula selepas dia menghantar emel ke sebuah jenama di luar negara yang memaparkan hasil gambar dan video yang dilakukan bersama rakannya.

Gambar: Muhammad Zamir

Bagaimanapun, siapa sangka bagai bulan jatuh ke riba apabila diundang atau mendapat tawaran bekerjasama berbasikal dengan sebuah jenama yang agak terkemuka di England iaitu theservicecourse.

“Kami sebagai cyling addict macam saja shoot dan emel kepada mereka. Dan kemudian sepatutnya memang dah tiada trip.

“Kemudian mereka dapat tahu kami ini cycling addict sorang buat photovideo dan sorang buat mekanik. Jadi mereka balas (emel) dan bersetuju untuk ambil kami,” katanya.

Gambar: Muhammad Zamir

Tambahan lagi, mereka hanya perlu mengeluarkan perbelanjan tiket penerbangannya dan selebihnya diuruskan oleh badan tersebut. Rombongan mereka mewakili PROPAINCYLIST yang diketuai oleh Dr Shahir Anuar.

Maklumnya, The Servicecourse merupakan sebuah jenama yang menguruskan pakej berbasikal yang bertapak di Wilmslow sekitar Manchester.

Walaupun pertama kali bersemuka dengan mereka di luar negara itu namun hubungan yang terbina menerusi peluang itu sangat meninggalkan makna yang mendalam kepada dua anak tempatan.

Pertukaran Budaya (Culture Exchange)

Gambar: Muhammad Zamir

Sehubungan itu juga, dia mahu menyelami budaya di sana dengan lebih dekat untuk mengangkat budaya berbasikal di Malaysia.

Tambahnya, peserta-peserta yang lain juga turut tertarik dan menyukai makanan dan minuman yang dibawa oleh mereka seperti kopi dan rendang.

Gambar: Muhammad Zamir

“Bila dah settle di Wilmslom end up kami dapat jalinkan hubungan dengan mereka sampai tahap Zamir ada bawa pack kembara dengan kopi.

“Mereka cuba dan suka dengan produk-produk walaupun mereka ada kafe,”

Bawa Nama Malaysia

Lelaki Kongsi Pengalaman Dijemput Sertai Program Berbasikal
Gambar: Muhammad Zamir

Bukan sahaja diberikan peluang untuk berkecimpung dalam hobi yang diminati malah mereka juga membawa nama tanah air tercinta dengan mendedahkan diri sebagai penunggang basikal tegar dari Malaysia.

Perkara itu secara tidak langsung membuka mata dunia mengenai Malaysia sekaligus mengangkat nama negara ke peringkat yang lebih dikenali.

Tambahan pula, mereka mahu mempelajari budaya berbasikal di ‘negara orang’ termasuk negara lain jika memperolehi peluang lain.

Walaupun hanya empat hari sahaja tinggal di sana, namun hubungan yang terbina seperti sudah mengenali dalam tempoh yang lama antara kedua-dua belah pihak.

Lelaki Kongsi Pengalaman Dijemput Sertai Program Berbasikal
Gambar: Muhammad Zamir

Perkara itu turut dikongsikan oleh the servicecourse di negara di platform Instagram mereka.

Sehubungan itu, dia mahu berkongsi bahawa perkara yang disukai tidak semestinya menggunakan wang sahaja.

“Hanya dengan satu emel tu boleh berkembang dengan satu hubungan yang boleh dibina,” katanya.

 

Sumber: Facebook Muhammad Zamir, Facebook Izzat Roslan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?