Siakap Keli
Anak Sharifah Shahirah Terlibat Kemalangan
Gambar: BERNAMA | shieraijoy

Cemas Anak Terlibat Kemalangan, Sharifah Shahirah Tak Henti Doa

Seorang pelakon berkongsi detik cemas apabila mendapat tahu anak lelakinya terlibat dalam kemalangan sebuah bas merempuh treler, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Airell Zulkifli, 18 tahun iaitu anak kepada pelakon, Sharifah Shahirah dikatakan menaiki bas tersebut untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, keadaan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan baik, biarpun mengalami cedera ringan di muka, kaki dan juga patah gigi.

Tambah Shahirah lagi, anaknya enggan bercerita tentang kisah sebenar kejadian tersebut, namun apabila didesaknya berkali-kali, akhirnya dia membuka mulut untuk menceritakannya.

“Anak aku dalam bas ni pagi tadi. Alhamdulilah ok, dah ada kat rumah. Dia tak nak cakap, dia kata bas rosak. Nasib baik dia duduk di belakang, mak tak berhenti doa untuk anak-anak. Allahuakbar,” kongsinya di laman Instagram.

Anak Sharifah Shahirah Terlibat Kemalangan
Gambar : syieraijoy | Instagram

Memetik laporan BERNAMA, seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas ekspres yang dinaiki merempuh sebuah treler di KM179.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari Pegawai Bomba Kanan II, Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3:57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota BBP Jasin Bestari dari Tangkak digegaskan ke lokasi.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.

“Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kesemua 16 penumpang itu telah diberi rawatan awal,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata kesemua penumpang terlibat adalah warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata bas ekspress dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang treler di lorong paling kiri.

Katanya kemalangan itu sedang disiasat langjut mengikut Sekssyen 43(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah / BERNAMA

Florence Nuar