Siakap Keli
solat hajat untuk nad zainal
Gambar: @Budakijat via Instagram

Fasha Sandha & Rakan Adakan Solat Hajat Buat Nad Zainal, Lancar Tabung Khas

Pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin bersama pelakon Fasha Sandha mengadakan solat hajat dan doa selamat di masjid untuk sahabat mereka, Nad Zainal yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menerusi laman Instagram, Shahrulezad yang menggunakan nama Budak Ijat memaklumkan bahawa Fasha Sandha yang mengetuai penganjuran majlis itu dan mengatur semuanya sebagai ikthiar mendoakan kesembuhan Nad Zainal.

“Alhamdullilah. Terima kasih Fasha Sandha yang bersungguh-sungguh bersama keluarga Radius One, mengadakan solat hajat dan doa selamat untuk rakan kami Nad Zainal.

Terima kasih Fasha Sandha yang bersusah payah mengatur semua ini. Dia yang telefon saya malam sebelumnya. Dia yang beria buat semua ini dari cari masjid sampaikan ke urusan makan dan minum,” katanya menerusi kapsyen.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut berkongsi gambar semasa majlis tersebut berlangsung dan difahamkan solat hajat berkenaan turut dihadiri oleh rakan artis yang lain.

Kredit: @Budakijat via Instagram
Kredit: @Budakijat via Instagram

Ujarnya, majlis solat hajat dan doa selamat tersebut dilakukan atas sebab mahu pelakon terbabit diberikan kesembuhan, selain bukti rasa sayang mereka terhadapnya.

“Semoga Allah perkenankan doa kita semua supaya Nad kembali sembuh seperti biasa. Amin Insya Allah,” ujar Shahrulezad lagi.

Beliau juga berkongsi mengenai kuasa berdoa kepada peminatnya dengan berkata senjata utama orang mukmin ialah berdoa, selepas segala usaha telah dibuat.

Dia juga memohon agar orang ramai menitipkan doa buat Nad Zainal agar dia kembali sihat seperti sedia kala.

Lancar Tabung Kecemasan Nad Zainal

Dalam pada itu, tabung kecemasan turut ditubuhkan bagi menampung kos rawatan perubatan di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarga pelakon berkenaan.

Kredit: @Budakijat via Instagram

Sebelum ini, media melaporkan Nad berada dalam keadaan kritikal di ICU di sebuah pusat perubatan dan dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

BACA: Keadaan Nad Zainal Semakin Baik, Kadar Kebergantungan Mesin Oksigen Berkurangan

Sumber: @Budakijat via Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana