Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Jika Suami Dipenjara, Siapa Yang Kena Bayar Nafkah Untuk Isteri & Anaknya? Ini Penjelasan Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika Suami Dipenjara, Siapa Yang Kena Bayar Nafkah Untuk Isteri & Anaknya? Ini Penjelasan Peguam

Memberi nafkah kepada isteri dan keluarga merupakan salah satu tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa. Namun, terdapat dalam segelintir kes, penanggung yang sepatutnya memberikan nafkah perlu menjalani hukuman penjara dalam beberapa tempoh masa tertentu, setelah disabitkan kesalahan di mahkmah.

Persoalannya, adakah suami/bapa masih bertanggungjawab dalam hal pemberian nafkah, yang semestinya tidak mampu keluar mencari rezeki, sekiranya berada di dalam penjara?

Untuk menjawab soalan ini, sorang peguam syarie, Nuraffiqa Razak telah memberikan penerangan yang komprehensif mengenai hal ehwal pemberian nafkah semasa suami/bapa berada di dalam penjara.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Jawapan kepada persoalan berkenaan dijawab oleh beliau melalui satu hantara Facebook. Jom kita ikuti sama-sama jawapanya dibawah.

Sebut saja isu berkenaan dengan Nafkah Anak, saya pasti ramai yang sudah tahu bahawa bapa kandung adalah orang yang wajib memberikan nafkah kepada anaknya tanpa mengira anak tersebut berada bersama ibu ataupun bapa.

Namun, masih ramai lagi bapa yang masih culas dan abai untuk membayar nafkah anak. Walaupun bapa itu berkemampuan, mempunyai kerjaya yang baik, pendapatan yang bagus tapi tetap masih gagal membayar nafkah anak.

Persoalannya, kenapa boleh jadi macam itu? Si bapa silalah tepuk dada, tanya iman. Tapi, ada juga keadaan yang bapa sememangnya tidak berkemampuan atau tidak berupaya untuk membayar nafkah atas alasan seperti telah meninggal dunia, OKU, dan berada di dalam penjara.

Kami banyak menerima persoalan daripada ibu-ibu di luar sana yang bertanyakan bagaimana dengan nafkah anak jika suami atau bekas suami mereka dimasukkan di dalam penjara sehingga bertahun-tahun lamanya.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Siapa yang perlu membayar nafkah anak tersebut sementara si bapa itu masih di dalam penjara?

Jawapannya?

1. Walaupun, bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk menafkahi anak, namun sekiranya bapa itu tidak berupaya untuk menanggung nafkah anaknya maka tanggungjawab itu akan diserahkan kepada orang yang ‘bertanggungan’ mengikut hukum syarak.

2. Berdasarkan Seksyen 73(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri menyatakan bahawa:

Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungan’ mengikut hukum syarak ni?

3. Berdasarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 14 Tahun 2007 menyatakan maksud ‘orang yang bertanggungan’ ialah ‘ahli waris’ sebagaimana yang diperuntukkan syarak dan seperti juga yang dinyatakan dalam seksyen 61, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri.

Ini bermakna, waris-waris daripada keluarga lelaki yang mempunyai hubungan darah dengan pihak yang mati dan tidak diselangi oleh perempuan iaitu bapa, bapa kepada bapa, anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki), saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Jadi berkenaan isu ini, pada ibu-ibu di luar sana yang masih belum memfailkan kes nafkah anak atau masih berkira-kira untuk memfailkan nafkah anak kerana risau si bapa di penjara tak mampu bayar.

Jangan tangguh, jangan fikir lagi cepat-cepat failkan kes nafkah anak. Bukan untuk kepentingan ibu tetapi untuk hak anak-anak itu sendiri.

Saya sangat respect ibu-ibu yang membanting tulang demi menafkahi anak-anak. Anda sangat hebat!

Semoga perkongsian ini dapat membantu keluarga-keluarga yang mengalami masalah serupa demi memastikan hak isteri dan anak-anak terjaga.

BACA: ”Paling Banyak Derita Di Mahkamah Isteri Yang Suri Rumah” – Peguam Syarie

Sumber: Fahmi Ramli via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma