Siakap Keli
Gambar: Beltrami County Sheriff's Office/Facebook JR's Corner Access

Ketulan Ais Besar Pecah, 200 Orang Dilapor Terkandas

Ketulan Ais Besar Pecah, 200 Orang Dilapor Terkandas

MINNESOTA – Kira-kira 200 orang telah berjaya diselamatkan selepas terkandas di atas ketulan ais besar yang pecah di sebuah tasik Minnesota.

Memetik laporan BBC, ketulan ais tersebut dikatakan pecah sewaktu orang ramai sedang memancing di Upper Red Lake di utara Minnesota.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Beltrami, kesemua pemancing telah dikelilingi oleh ketulan ais yang pecah sehingga 27 meter.

Kredit: Facebook Northwoods Fish Houses LLC
Kredit: Beltrami County Sheriff’s Office

Dalam pada itu, pihaknya menambah bahawa mereka semua telah berjaya diselamatkan kira-kira jam 2.37 petang.

Sementara itu, Adam Studniski, yang merupakan seorang pemilik JR’s Corner, sebuah pusat peranginan memancing ais berkata ais tersebut telah beralih disebabkan angin barat daya dan dipercayai pecah di beberapa kawasan.

“Sebahagian daripada kerja kami adalah untuk memantau dan mencari mana-mana kawasan ais yang retak serta memastikan jambatan yang sedia ada dapat digunakan ketika berlaku kecemasan,” jelas pemilik pusat peranginan itu.

Difahamkan lagi, pihak pejabat syerif telah menerima panggilan kecemasan daripada pemancing yang berada di gunung ais sekitar jam 11.34 pagi.

Kredit: Beltrami County Sheriff’s Office

Ekoran itu, kesemua pemancing berjaya dipindahkan dengan selamat menggunakan jambatan ais di suatu kawasan pecahan ais yang terbuka.

Kredit: Facebook JR’s Corner Access

Dalam pada itu, pejabat syerif telah memberi amaran awal kepada mereka yang mempunyai niat untuk mengunjungi tempat tersebut bahawa ketulan ais pada awal musim tidak dapat diramalkan.

Oleh itu, pihaknya meminta supaya semua pemancing berhati-hati serta memeriksa terlebih dahulu ketebalan ais di kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga telah mengeluarkan garis panduan yang menyatakan bahawa pemancing perlu memastikan ais mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 4 inci untuk memastikan mereka selamat memancing di kawasan itu.

Sumber: BBC

Farah Nabilah