Siakap Keli

(Video) Dramatik, Detik Cemas Penguin Selamatkan Diri Dari Glasier Pecah, Satu ‘Kampung’ Tunggu Raikan ‘Kejayaan’

Walaupun hidup di ‘hujung dunia’, aksi-aksi dan keletah penguin sentiasa mendapat liputan manusia. Manakan tidak, banyak video-video penguin yang menarik perhatian dan menghiburkan orang ramai.

Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini yang menyaksikan detik-detik cemas seekor penguin yang hampir terpisah dengan kumpulannya akibat glasier ais yang pecah.

Pada awal video tersebut, penguin-penguin tersebut dilihat sedang bergerak dalam satu kumpulan sebelum salah seekor daripada mereka berlari terlebih dahulu ke hadapan.

Ketika itu, glasier dilihat mula pecah, membuatkan penguin itu panik dan mungkin takut untuk berpisah dengan kawanannya.

Mujurlah ia sempat melarikan diri tanpa berlaku sebarang kecederaan dan akhirnya dapat ‘bersatu’ semula dengan kawanannya itu.

Ada netizen yang pelik mengapa penguin itu takut terjatuh ke dalam air padahal haiwan itu sememangnya diketahui boleh berenang.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 2.2 juta tontonan di Twitter.

Sumber: BassOutdoor

Sofea

There's always another side to every story