Siakap Keli
Kredit: Givemesport

Menang 3-2, Jurulatih Ghana ‘Selamba’ Masuk Padang Nak Bergambar Dengan Son Tengah Menangis

Menang 3-2, Jurulatih Ghana ‘Selamba’ Masuk Padang Nak Bergambar Dengan Son Tengah Menangis

Ghana melakar kejutan apabila berjaya menumbangkan jaguh Asia, Korea Selatan 3-2 dalam aksi Kumpulan H, saingan Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung malam tadi.

Begitupun, disebalik kemenangan tersebut, banyak perkara menarik terjadi dan salah satunya adalah insiden luar biasa selepas tamat perlawanan.

Ketika itu, jurulatih skuad kebangsaan Ghana dilihat masuk ke padang dengan membawa telefon bimbit dan menghampiri bintang Korea Selatan, Son Heung-min untuk bergambar. Perkara berkenaa pantas menjadi viral di seluruh dunia dan banyak pihak tampil menyelar tindakan tersebut.

Tindakan tersebut dianggap tidak kena tempat memandangkan mereka baharu sahaja menewaskan pasukan tersebut dan Son juga dilihat sedang beremosi dan menangis dengan kekalahan tersebut.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan mereka mahu bergambar kapten Korea Selatan itu, namun segelintir berpendapat jurulatih Ghana itu tidak mempunyai sebarang niat tidak baik memandangkan Son merupakan bintang utama Liga Perdana Inggeris (EPL), jadi peluang untuk bergambar dengannya tidak boleh dipersiakan begitu sahaja.

Namun, mereka berpendapat, jurulatih Ghana itu perlu menunggu masa yang lebih sesuai untuk sesi swafoto berkenaan, seperti ketika di bilik perlawanan ataupun ketika kedua-dua pasukan berkemas meninggalkan stadium, bukannya di tengah padang ketika ia menjadi tatapan dunia.

Terdahulu, dua jaringan Mohammed Kudus dan satu jaringan Mohammed Salisu sudah cukup buat skuad Ghana menidakan kemenangan pertama Korea Selatan dalam aksi Piala Dunia kali ini. Dua jaringan Korea Selatan disumbangkan oleh Cho Gue-Sung.

Korea Selatan memerlukan keajaiban untuk layak ke peringkat seterusnya dengan menewaskan Portugal dalam perlawanan terakhir meraka, namun ia bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan.

Sumber: Givemesport

Shafikah