Siakap Keli
Kredit The Thaiger

Pencuri Rantai Emas Larikan Diri, Sanggup Redah Sungai 100 Meter Dipenuhi Ular

Pencuri Rantai Emas Larikan Diri, Sanggup Redah Sungai 100 Meter Dipenuhi Ular

Seorang lelaki yang mencuri seutas rantai emas bernilai RM19,000 dari sebuah kedai emas berhampiran balai Polis di Chiang Rai, Thailand sanggup berenang melarikan diri merentasi sungai yang dipenuhi ular ke Myanmar, lapor The Thaiger.

Khaosod melaporkan, kecurian itu berlaku pada Sabtu, 26 November lalu di sebuah kedai emas bernama Seri Phan di daerah Mae Sai, Chiang Rai yang terletak hanya sekitar 200 meter dari Balai Polis Mae Sai.

Pengurus kedai itu memaklumkan kepada polis bahawa seorang pelanggan lelaki memasuki kedainya dan meminta untuk melihat rantai emas seberat 45.6 gram yang bernilai RM12,666.

Namun kemudian suspek itu berkata ia terlalu mahal dan menambah bahawa dia akan kembali kemudiannya untuk bertanyakan pendapat isterinya terlebih dahulu.

Tidak berapa lama selepas itu, suspek terbabit kembali ke kedai tersebut dengan menyamar dan berkata “Isteri saya mahukan rantai emas 75.8 gram,”

Rantai itu bernilai kira-kira RM18,841, hampir RM6,333 lebih mahal daripada yang pertama dia lihat tadi.

Pengurus tersebut bersetuju dengan penjualan itu dan membiarkan suspek memeriksa barang kemas berkenaan, namun kemudian suspek segera meragut rantai itu dan bergegas lari ke motosikalnya.

Polis telah bertindak memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kedai, kawasan berhampiran dan di sepanjang jalan sehingga mereka menemukan motosikal suspek yang diletakkan berhampiran Sungai Ruak di Sempadan Thai-Burma.

Kamera yang berada berhampiran sungai itu menunjukkan suspek tersebut meletakkan motosikalnya di situ sebelum berenang kira-kira 100 meter melalui air yang dipenuhi dengan ular merentas ke sempadan Myanmar.

Polis kemudiannya menghubungi Pejabat Kerjasama Sempadan Thailand Myanmar untuk meminta bantuan pihak berkuasa negara itu bagi mengesan suspek pencuri rantai emas tersebut.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka