Siakap Keli
Kredit: TikTok

Aksi Neymar “Copy Ori” Di Piala Dunia Curi Tumpuan, Pengawal Terpedaya Siap Iring Masuk Padang

Aksi Neymar “Copy Ori” Di Piala Dunia Curi Tumpuan, Pengawal Terpedaya Siap Iring Masuk Padang

Seorang penyamar Neymar yang pernah memperdaya stesen televisyen Amerika Syarikat sebelum ini telah melakukan perkara yang serupa pada edisi Piala Dunia kali ini. 

Kali ini, pelanduk dua serupa tersebut didapati sedang berada dalam khalayak ramai sewaktu kemenangan Brazil mewakili mengalahkan Switzerland dengan 1-0 pada Isnin lalu.

Ketika itu, para peminat sedang berkumpul di sekeliling ‘Neymar’ semasa individu tersebut menyaksikan perlawanan di Stadium 974.

Dalam sebuah rakaman yang kini mencapai 6.7 juta jumlah tontonan di TikTok, pegawai Qatar nampaknya juga tidak menyedari penyamaran tersebut dan dilihat memberikan kawalan ketat kepada lelaki tersebut.

@sosianey

#copadomundo #copadomundo2022 #qatar #foryou #neymar

♬ Evoque Prata – MC MENOR HR & MC MENOR SG & DJ ESCOBAR

Malah, penyamar tersebut turut dibenarkan untuk berjalan-jalan di sekeliling padang disertai iringan pengawal keselamatan.

Tidak dapat dipastikan sama ada penonton di stadium menyedari status keaslian Neymar tersebut, namun yang pastinya dia dikerumuni ramai pengunjung yang mahu bergambar dengannya.

Ditambah lagi, Neymar yang sebenar tidak beraksi dalam perlawanan tersebut kerana tercedera. Jadi, mungkin ramai yang menyangka Neymar datang ke stadium untuk memberikan sokongan kepada rakan sepasukan.

Namun difahamkan, Neymar hanya menonton perlawanan daripada biliknya memandangkan kakinya masih bengkak dan dalam proses pemulihan.

Kredit: CNN

Penyerang Paris Saint-Germain yang berusia 30 tahun kini sedang cuba untuk menyelamatkan impian Piala Dunianya selepas mengalami kecederaan pada buku lali semasa perlawanan pembukaan Brazil menentang Serbia.

Terdahulu, Neymar ‘Copy Ori’  tersebut berjaya mengula-gulakan Fox Soccer yang memuat naik tweet melaporkan bintang bola sepak tersebut berjalan-jalan di sekeliling Doha dan beramah mesra dengan peminat.

Menyedari mereka turut terpedaya, Fox Soccer kemudian memuat naik tweet lain dan mengakui Neymar sememangnya mempunyai pelanduk dua serupa.

Kredit: Twitter

BACA: Viral Peminat Jepun Ucap Terima Kasih, Boss Baik Hati Bagi Cuti 2 Minggu Tengok Piala Dunia

Sumber: Give Me Sport

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma