Siakap Keli
New York Bakal Masukkan Pesakit Mental Gelandangan Secara Paksa Ke Hospital
Gambar: Ludovic Marin/AFP

New York Dilapor Akan Hantar Gelandangan Alami Gangguan Mental Secara Paksa Ke Hospital

New York Dilapor Akan Hantar Gelandangan Alami Gangguan Mental Secara Paksa Ke Hospital

NEW YORK — Datuk Bandar New York, Eric Adams semalam berkata bandar itu akan mula membuat pengerahan secara paksa terhadap pesakit mental yang tinggal di sekitar jalanan dan kereta api bawah tanah bagi membendung kadar jenayah yang semakin meningkat, lapor AFP.

“Jika penyakit mental menyebabkan seseorang menimbulkan bahaya kepada diri mereka sendiri, kita perlu membantu mereka mendapatkan rawatan dan penjagaan yang diperlukan,” katanya.

Difahamkan, badan perundangan dan eksekutif bandar tersebut akan mempertimbangkan rang undang-undang (RUU) yang membenarkan polis, pakar kesihatan dan sosialis untuk campur tangan secara paksa sekiranya ada golongan gelandangan yang dianggap mempunyai masalah psikitiari.

“Kami tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang ganas, menimbulkan risiko bahaya atau membunuh diri.

“Demi melangkah ke hadapan, kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang menghidap penyakit mental dan penyakit yang menghalang mereka daripada menjalani kehidupan seperti biasa,” maklumnya lagi.

Selepas menjawat jawatan Datuk Bandar pada Januari lalu, Adams berjanji untuk membasmi lambakan gelandangan yang berada di bandar tersebut.

Hal ini susulan tragedi melibatkan seorang wanita Asia-Amerika yang ditolak di hadapan kereta api oleh seorang lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental sehingga menyebabkannya maut, lapor pegawai polis dan pihak hospital.

Menurut AFP, bandar New York dianggarkan mempunyai 50,000 gelandangan.

Terdahulu, kadar jenayah dilaporkan semakin meningkat di New York selepas wabak pandemik mulai reda. Perkara itu menyaksikan beberapa kawasan di bandar tersebut mengalami pelbagai insiden berdarah dengan beberapa siri kematian akibat ditembak dan ditikam.

Menurut statistik Jabatan Polis New York, seramai 391 orang telah terbunuh di New York sehingga 27 November berbanding pada 440 orang pada tahun lalu.

Sumber: AFP Via Yahoo

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?