Siakap Keli
Tiga Penumpang Ditemui "Bertenggek" 11 Hari Di Laut
Gambar: SALVAMENTO MARÍTIMO/Twitter

Tiga Orang Dilapor Berjaya Diselamatkan Lepas 11 Hari Bertenggek Bawah Kapal

Tiga Orang Dilapor Berjaya Diselamatkan Lepas 11 Hari Bertenggek Bawah Kapal

LAS PALMAS — Tiga orang berjaya diselamatkan oleh pegawal pantai Sepanyol selepas 11 hari ‘bertenggek’ di atas kemudi sebuah kapal yang tiba di Kepulauan Canary.

Memetik CNN News, gambar yang disebarkan oleh pengawal tersebut pada Ahad lalu mendedahkan tiga orang pendatang yang berada di atas sebuah kapal tangki minyak dan kimia, Althini II.

Menurut Marine Traffic, kapal berkenaan dilapor tiba di Las Palmas pada Ahad lalu selepas berlayar dari Lagos di Nigeria.

Sehingga kini, mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Untuk pengetahuan, Kepulauan Canary berada di bawah naungan Sepanyol dan merupakan pintu masuk popular untuk pendatang dari Afrika.

Statistik Sepanyol mendedahkan penghijrahan melalui laluan laut tersebut meningkat kepada 51 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas.

Dianggarkan lebih 20,000 pendatang yang datang dari pantai Afrika Barat untuk memasuki kepulauan berkenaan dan lebih 1,100 orang dilaporkan maut di laut.

Terdahulu, empat orang warga Nigeria ditemui selamat selama 1o hari selepas bersembunyi di dalam ruang kemudi sebuah kapal tangki minyak Norway dari Lagos ke Las Palmas, maklum media Norway pada tahun 2020.

Pada tahun yang sama, seorang remaja Nigeria berusia 14 tahun memberitahu akhbar Sepanyol, El, Pais bahawa dia bersembunyi selama 15 hari di dalam sebuah bilik di atas kemudi kapal kargo muatan bahan api.

Difahamkan, kemiskinan, konflik dan peluang pekerjaan yang tipis mendorong sebahagian masyarakat di Afrika Barat untuk berhijrah.

Sumber: CNN News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?