Siakap Keli
300 Iphone Dirompak
Gambar: Independent

125 iPhone 13s Dirompak, Lelaki Rugi RM418k Sekelip Mata

Niat seorang lelaki untuk memiliki 300 buah iPhone terkubur sekelip mata apabila dia dirompak sejurus sahaja keluar dari premis Apple dalam kejadian di 5th Avenue, New York semalam, lapor The Independent.

Menurut sumber polis NYPD, segalanya bermula kira-kira pukul 1.45 pagi hari kejadian ketika mangsa baru keluar dari premis Apple tersebut yang beroperasi 24 jam dan berjalan menuju ke arah keretanya.

Bagaimanapun ketika itu, muncul sebuah kenderaan asing tidak dikenali berhenti di sebelahnya.

Difahamkan, dua orang lelaki (suspek) keluar dari kereta berkenaan dan menuntut mangsa untuk menyerahkan tiga beg besar di tangannya yang mengandungi 300 buah iPhone 13s.

Disebabkan enggan menyerahkannya, suspek bertindak menumbuk muka mangsa dan merampas salah satu beg mengandungi 125 buah iPhone 13s sebelum bertindak pantas meninggalkannya.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan parah, malah dia tidak mahu mendapatkan rawatan susulan.

Namun difahamkan jumlah kerugian terpaksa ditanggungnya akibat rompakan itu adalah sebanyak kira-kira RM418,000.

Menurut Independent lagi, mangsa difahamkan kerap membeli iPhone secara pukal dalam jumlah yang besar kerana ingin menjualnya semula di kedai miliknya.

Setakat ini, tiada keterangan lanjut mengenai suspek yang terlibat dalam kes rompakan berkenaan.

Sebelum ini, turut berlaku satu nahas melibatkan seorang pemandu terempuh sebuah premis Apple dalam kejadian di Hingham, Boston hingga menyebabkan seorang maut dan 19 lagi tercedera.

Sumber: The Independent

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: