Siakap Keli
Sel kanser Pele
Kredit: AFP

Pelé Dimasukkan Ke Hospital, Kanser Makin Teruk

Pelé Dimasukkan Ke Hospital, Tubuh Sedang Lawan Kanser

Legenda bola sepak Brazil, Pele dimasukkan ke hospital gara-gara tubuhnya sedang melawan kanser, maklum anak perempuannya di media sosial pada Rabu semalam, lapor CTV News.

Kemas kini anaknya yang bernama Kely Nascimento dalam akaun Instagram miliknya dibuat selepas ESPN Brazil melaporkan bahawa Pele telah dimasukkan ke Hospital Albert Einstein.

Pele dilaporkan berada dalam keadaan ‘bengkak-bengkak’ di badan dan bakal menjalani beberapa ujian untuk penilaian yang lebih mendalam berkenaan isu kesihatan yang dialaminya.

“Banyak berita yang menyiarkan mengenai kesihatan ayah saya hari ini. Dia berada di hospital sedang dipantau.

“Tiada sebarang maklum balas kecemasan atau keadaan yang mengerikan. Saya akan berada di sana untuk sambutan Tahun Baru dan berjanji akan berkongsikan beberapa keping gambar,” tulis Nascimento di kapsyen.

Legenda bola sepak berusia 82 tahun itu sebelum ini pernah menjalani rawatan pembuangan tumor daripada kolonnya pada September tahun lepas.

Difahamkan sejak pembedahan pembuangan itu beliau sering keluar masuk ke hospital untuk sesi rawatan berkala.

ESPN Brazil juga melaporkan bahawa Pele mengalami masalah jantung dan pakar perubatan yang merawatnya memberitahu bahawa ada kembimbangan berkenaan rawatan kimoterapi dijalaninya.

Kebimbangan tersebut dinyatakan berikutan rawatan itu tidak mencapai hasil seperti yang diharapkan.

Pengurus Pele dan Hospital Albert sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan keadaan semasa beliau.

Imbas kembali, Pele pernah membantu Brazil menjulang Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970.

Beliau juga kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman negara dengan jumlah 77 gol dalam 92 perlawanan bagi pasukan kebangsaannya.

Sumber: CTV News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka