“Fans” Arab Saudi Pun “Join”, Laungan “Chant” Harimau Malaya Berkumandang Di Bumi Qatar
Sebuah video di media sosial menjadi bualan ramai setelah sorakan Harimau Malaya berjaya memeriahkan suasana di Piala Dunia Qatar.
Menerusi video perkongsian yang dibuat oleh Nazgul Anniv menerusi akaun TikTok miliknya, video itu menunjukkan penyokong dari Malaysia cuba memeriahkan suasana dengan melaungkan sorakan Harimau Malaya di luar Stadium Lusail sewaktu perlawanan Argentina menentang Arab Saudi.
Menerusi video itu juga, dapat dilihat kemeriahan itu bukan sahaja disertai oleh warga Malaysia malah penyokong Arab Saudi turut meraikan dan melaungkan sorakan itu bersama.
Para penyokong juga dilihat menari-nari sambil memegang bendera negara Malaysia dan Arab Saudi sambil diiringi dengan alunan muzik pukulan kompang.
Selain alat muzik kompang, dapat dilihat juga ada daripada kalangan penyokong dari Malaysia turut membawa gendang dan tamborin.
Mereka juga dilihat lengkap berpakaian tradisional Melayu dengan siap bertanjak seperti pahlawan Melayu.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Menjengah ke ruangan komen, warganet tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen mereka setelah melihat video tersebut.
Ada yang meninggalkan komen seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia dan ada juga yang mendoakan agar pasukan Malaysia juga akan memasuki Piala Dunia suatu hari nanti.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular



@h7nif Harimau Malaya – Lusail Stadium. Argentina vs Saudi Arabia. #lusailstadium #harimaumalaya #song #footballchants
Perlawanan Arab Saudi menentang Argentina itu telah berjaya dimenangi oleh Arab Saudi dengan jaringan gol 2-1. Kekalahan pasukan gergasi Argentina pada 22 November lalu telah menjadi topik perbualan hangat peminat sukan bola sepak diseluruh dunia.
Sumber: Nazgul Anizz/TikTok