Siakap Keli
Zahid Hamidi Sifatkan Perlantikan Sebagai TPM
Gambar: Zahid Hamidi

“Ini Bukan Kemenangan…,” Zahid Hamidi Sifatkan Jawatan TPM Adalah Amanah Untuk Galas Pelbagai Cabaran

“Ini Bukan Kemenangan…,” Zahid Hamidi Sifatkan Jawatan TPM Adalah Amanah Untuk Galas Pelbagai Cabaran

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan merupakan sebuah cabaran bukannya kemenangan, lapor Sinar Harian.

Beliau juga menegaskan bahawa ianya merupakan permulaan pelbagai cabaran sebaik sahaja pelantikan itu diamanahkan kepadanya menerusi jawatan tersebut.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat ALLAH Maha Esa atas takdir ini.

Ia bukan kemenangan sebuah perjuangan namun adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari ini. 

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid02K3QCnBWB9JFeBhaVY7EreCR2sgo4oAuc6sosyxiAw3fRmoMbHzdMr44GNsbBe6cFl

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menzahirkan ucapan terima kasih dan doa serta sokongan ikhlas yang diberikan semua pihak kepadanya.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Terdahulu, pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat. Pengumuman itu telah menyenaraikan seramai 28 orang jemaah menteri kabinet baharu yang bakal menerajui Kerajaan Perpaduan.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Pengumuman itu turut menjadi sejarah terbaru Malaysia selepas jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada dua orang iaitu Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili GPS.

Selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga turut diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.