Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia

Peluk Islam Di Piala Dunia
Kredit The Free Press Journal, Fatih Sferagic

“…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia

Sebuah keluarga Brazil seramai enam orang dengan rela hati telah memeluk agama Islam di sebuah masjid semasa Piala Dunia 2022 di Qatar berlangsung, lapor Free Press Journal.

Keluarga dari Brazil itu termasuk bapa, ibu dan empat orang anaknya dilihat dalam sebuah perkongsian video telah melafazkan Shahadah yang dibacakan oleh seorang pendakwah.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Berdasarkan rakaman video itu, pendakwah tersebut kemudian dilihat bertanyakan beberapa soalan kepada ahli keluarga berkenaan. Antaranya tentang bagaimana rasanya selepas memeluk Islam.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Ia satu perasaan yang menenangkan hati saya,” kata wanita itu sewaktu pendakwah tersebut bertanyakan soalan kepada wanita tentang bagaimana perasaannya selepas memeluk Islam.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Adakah seseorang memaksa anda, atau adakah itu pilihan anda?” tanya lagi pendakwah itu kepada anak perempuan keluarga tersebut.

“Tiada seorang pun orang Islam memaksa kami memilih agama ini,” jawab anak perempuan keluarga tersebut.

Terdahulu, pada hari kedua Piala Dunia Qatar terdapat seorang lelaki warga Mexico telah memeluk Islam di sebuah masjid di perkampungan budaya Katara di Doha.

Selain itu, menerusi sebuah lagi perkongsian yang dibuat oleh seorang pendakwah muda terkenal Fatih Sferagic di akaun TikTok miliknya, dia berkongsikan berkenaan seorang lagi lelaki Mexico telah memeluk Islam.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Beliau juga bertindak sebagai pembaca Shahadah sambil diikuti lelaki tersebut bagi menandakan seseorang itu menerima Islam sebagai agamanya.

“Qatar telah menjalankan tugas yang baik di mana ramai yang telah menunjukkan minat dan memeluk agama Islam. Ini adalah peluang besar bagi menunjukkan kepada dunia tentang apa itu Islam.

“Saya bangga menjadi salah seorang yang terlibat dalam menunjukkan keindahan agama Islam kepada dunia,” tulis Fatih menerusi video tersebut.

Sumber: The Free Press Journal, Fatih Sferagic/TikTok