Siakap Keli
Gambar: Google

Pekerja Mengadu Kerja Tak Banyak, Terpaksa Terima RM570,000 Setahun Gaji Buta

Pekerja Mengadu Kerja Tak Banyak, Terpaksa Terima RM570,000 Setahun Gaji Buta

Seorang pengurus kewangan Ireland yang bekerja di sebuah syarikat kereta api Ireland mendakwa bahawa dia dibayar hampir $130,000 (RM570,000) setahun untuk makan tengah hari dan membaca surat khabar sepanjang hari, lapor Oddity Central.

Mendapat bayaran untuk tidak melakukan apa-apa pada dasarnya tidak akan membuatkan orang mengeluh, tetapi bagi seorang pekerja di syarikat kereta api Ireland, itu adalah diskriminasi.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Pengurus kewangan itu mendakwa bahawa selepas membongkarkan kepada pemberi maklumat tentang perakaunan syarikat pada 2014, dia tidak mempunyai apa-apa tugas untuk dilakukan.

Sehingga kini, dia menghabiskan waktu kerjanya dengan makan tengah hari serta membaca surat khabar dan menunggu gaji masuk pada setiap bulan.

“Saya membeli dua akhbar, Times dan Independent, serta roti sandwic. Saya pergi ke bilik saya, hidupkan komputer dan melihat e-mel.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Tiada e-mel yang berkaitan dengan kerja, tiada mesej, tiada komunikasi, tidak bercakap dengan rakan sekerja,” katanya kepada Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja Ireland (WRC).

Gambar: Unsplash

Dia berkata bahawa rutin hariannya adalah duduk sambil membaca surat khabar dan makan sandwic. Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi, jika ada kerja yang berkaitan dengannya, dia akan melakukan kerja itu.

“Jika saya terima sesuatu kerja sekali dalam seminggu, saya akan teruja,” katanya.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Pengurus kewangan tersebut mengatakan bahawa dia bertanggungjawab untuk belanjawan modal bernilai sekitar $262 juta (RM1.2 bilion) dari 2000 sehingga kewangan jatuh pada 2007.

Memetik Oddity Central, dia dinaikkan pangkat pada 2010, namun kerjayanya mula runtuh pada 2013 apabila dia dibuli dan terpaksa mengambil cuti sakit selama tiga bulan.

Pekerja itu mendakwa apabila dia kembali, dia melihat beberapa isu tertentu dengan penghutang dan melaporkan kepada ketua eksekutif syarikat tersebut pada Mac 2014, sebelum membuat laporan kepada Menteri Pengangkutan.

Sejak daripada itu, tanggungjawabnya dan portfolio belanjawannya di syarikat telah digugurkan.

Apabila dia memberitahu peguamnya bahawa dia dibayar untuk ‘tidak melakukan apa-apa’, dia bercakap tentang menggunakan kemahirannya.

Pengurus kewangan tersebut mengatakan bahawa dia berasa seperti diasingkan dan dipulaukan kerana telah dikecualikan daripada mesyuarat syarikat.

Kes tersebut dijadualkan akan dibicarakan pada awal tahun depan.

Sumber: Oddity Central

Noorliyana Ishak