Tahap Oksigen Kembali Merosot, Nad Zainal Dilapor Kena “Intubate” Semula
Rakan pelakon, Ungku Ismail pada hari ini memaklumkan bahawa Nad Zainal sedang bergantung semula kepada alat bantuan pernafasan setelah paru-paru pelakon itu dilaporkan merosot dan masih belum kuat.
Ungku Ismail yang sempat menziarahi Nad pada petang Jumaat lalu telah menjelaskan bahawa tahap oksigen aktres itu mulai merosot menjelang waktu malam.
Cerita itu dikongsikan oleh Ungku Ismail menerusi sebuah perkongsian terbaru di Instagram Stories miliknya.
“Nad Zainal kena intubate (bantuan pernafasan) semula. Ini adalah kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
“Semalam pukul 3PM saya ziarah, dia sudah sedar daripada sedation (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan intubation sebagai oksigen dia merosot menjelang malam extubate itu,” tulis Ungku.
Selain itu, Ungku juga turut memohon orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan aktress Nad Zainal tersebut.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia, teruslah titipkan doa agar Allah Sembuhkan paru paru dia jadi kuat dan dapat berfungsi seperti biasa semula.
“Kami pohon Yaa Robbana Keajaiban, agar pulih semula paru parunya seperti sedia kala. Tiada apa yang boleh Mengizinkan penyakit ini kecualiNya, Tiada apa yang boleh menyembuhkan kecuali-Nya,” tulisnya lagi

Terdahulu, Ungku Ismail juga pernah berkongsi berita gembira yang menyatakan bahawa Nad sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif apabila dia sudah tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sumber: Ungku Ismail/Instagram