Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji 20 Peratus

Nurhanis
harga telur turun
Gambar: Tangkap layar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan barisan jemaah menteri bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 20 peratus pada setiap bulan.

Dalam pada itu, timbalannya Ahmad Zahid diminta untuk mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana, siap siaga hadapi banjir.

Selain itu, cabutan khas perjudian pula bakal diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari depan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Difahamkan harga telur juga akan dijual lebih rendah dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

Anwar memaklumkan lagi, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri akan fokus kepada Semenanjung, manakala timbalan keduanya Fadillah Yusof diberi fokus kepada isu di Sabah dan Sarawak.

Tambah Anwar, kerajaan di bawah pimpinannya kini akan meneruskan dasar-dasar baik daripada kerajaan terdahulu.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Awani