Siakap Keli
Anthony Gembira Jumpa Semula Pemandu Lama
Kredit: Anthony Loke Siew Fook | Facebook

Kembali Sebagai MOT, Anthony Gembira Jumpa Semula Pemandu Lama

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan pemandu lamanya semasa beliau menjawat jawatan tersebut semasa era kerajaan Pakatan Harapan dahulu.

Beliau berkongsi coretan ringkas mengenainya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pagi tadi.

“Selamat pagi Malaysia! Saya gembira dapat bekerja semula dengan ‘pilot’ saya, saudara Hazril! Saya pernah menceritakan kisah saya dengan Hazril semasa saya meninggalkan MOT pada Mac 2020,” tulisnya dalam Facebook pagi tadi.

Dalam kesempatan yang sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya mementingkan keselamatan dengan memakai tali pinggang keledar walau di mana pun kedudukan di dalam kereta.

“Kepada rakan-rakan semua, sentiasa pakai tali pinggang tak kira di tempat duduk depan mahupun di belakang. Pandu cermat, pasti selamat! Berhati-hati di jalan raya ya. Selamat bertugas kepada semua!” tambahnya.

Terdahulu, Anthony Loke kembali dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Anthony Loke Siew Fook | Facebook

 

Florence Nuar