Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tiga Tahun Terperangkap Dalam Kereta

Bomba selamatkan kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta

IPOH, 6 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Setibanya di lokasi, seorang kanak-kanak didapati terperangkap di dalam kenderaan Proton Exora yang terkunci ketika ibu mangsa keluar membeli barangan runcit.

“Pihak bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ibu mangsa dan operasi tamat pada 8.20 pagi.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka