Datuk Bandar New York Tawar Peluang Kerja, Cari Orang Untuk Hapuskan Tikus
New York City sedang mencari pembasmi haiwan perosak terkemuka yang bersemangat bagi perlumbaan tikus Big Apple, lapor New York Post.
Datuk Bandar New York City, Eric Adam telah membuka peluang pekerjaan baharu itu pada hari Rabu lalu bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengarah Migrasi Rodent. Jawatan itu akan dibayar sebanyak RM 525,480 dan RM 744,430 dan mereka yang memohon perlu memiliki ijazah.
Para pegawai juga berharap calon yang ideal bakal memiliki “aura yang hebat”. Penyenaraian kekosongan jawatan yang tidak jelas itu juga memerlukan mereka memiliki ijazah sarjana muda sewaktu memohon.
Pemohon bagi jawatan itu perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk membunuh dan membasmi haiwan perosak seperti tikus terutamanya kerana populasi tikus di New York City semakin berleluasa.
New York City dilaporkan sedang mencari penghapus tikus selepas mendapat desakan untuk membersihkan bandar dan menangani aduan berkenaan haiwan perosak seperti tikus yang semakin meningkat.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Tikus di bandar itu dikatakan telah meningkat sebanyak 70% dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2022 berbanding pada dua tahun yang lalu.
Pemilik rumah yang meletakkan sampah di tepi jalan sebelum pukul 8 malam tidak lama akan didenda di bawah undang-undang baharu. Waktu pembuangan pada masa sekarang ialah pada jam 4 petang.
“Saya telah menjelaskan bahawa saya benci tikus, dan kita akan mengatasinya. Kita akan fokus dengan masalah tikus ini.” kata Datuk Bandar New York, Eric Adam ketika menandatangani bil bulan lalu.

Jawatan itu dibuka seminggu selepas Dewan Bandaraya mengarahkan agensi untuk membuang kira-kira 4,700 jawatan kosong berikutan kekurangan bajet.
Jabatan Kebersihan baru-baru ini menyasarkan untuk menjana dana di tengah kegawatan dengan menjual kemeja-t berharga RM 211 yang bertulis slogan “tikus tidak menguruskan bandar. Kita yang buat.”
Kajian pada 2014 oleh pegawai bandar mendapati bahawa tikus di bandar New York melebihi daripada jumlah penduduk bandanya. Kira-kira dua ekor tikus berbanding seorang manusia. Ini bermakna terdapat kira-kira 18 juta tikus yang bersembunyi di sekitar lorong hari ini.
Sumber: New York Post