Gempa Bumi Berkekuatan 5.9 Magnitud Badai Selatan Jawa Sebentar Tadi
Satu kejadian gempa bumi dilapor membadai Selatan Jawa, Indonesia sebentar tadi pada pukul 2.07 petang.
Menurut MET Malaysia, gempa bumi berkenaan berlaku pada tahap sederhana iaitu 5.3 magnitud. Pusat gempa bumi di 10.7° Selatan dan 113.4° Timur dengan kedalaman 10 km. 296km Barat Daya dari Denpasar, Indonesia.
Setakat berita ini ditulis, tiada ancaman tsunami dikeluarkan akan berlaku di sekitar kawasan-kawasan sekitar pusat gegaran tersebut.
Tiada maklumat mengenai kerosakan harta benda awam atau kemalangan jiwa yang dialami penduduk tempatan yang dilaporkan mana-mana media tempatan.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
GB sederhana M5.9 di Selatan Jawa, Indonesia pada 2:07 petang, 6 Disember 2022. Pusat gempa bumi di 10.7° Selatan dan 113.4° Timur dengan kedalaman 10 km. 296km Barat Daya dari Denpasar,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/Iuzo4UQo7Z— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 6, 2022
Sumber: MET Malaysia