Siakap Keli
Kredit Disaster Compilation

Itali Tutup Beberapa Sekolah Di Sicily Susulan Gunung berapi Stromboli Meletus

Itali Tutup Beberapa Sekolah Di Sicily Susulan Gunung berapi Stromboli Meletus

Beberapa sekolah di Itali terpaksa ditutup pada semalam berikutan gunung berapi di Pulau Stromboli di Sicily meletus, lapor WXYZ Detroit.

Letusan yang berlaku pada Ahad telah menyebabkan letupan dan siren penggera di pulau itu berbunyi. Letupan ganas itu, yang dirakamkan oleh kamera dari Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) menunjukkan kepulan abu berterbangan ke udara dan laut.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

INGV berkata mereka juga turut mencatatkan gempa bumi 4.6 magnitud pada awal pagi Ahad lalu di kepulauan pulau Aeolian, di mana Gunung Stromboli berada.

Pengawal Pantai dilapor sedang memantau aliran lahar dan abu ke laut bagi memastikan pelabuhan di pulau itu kekal selamat dan terbuka.

Menurut Disaster Compilation, kejadian yang berlaku pada petang Ahad di luar pulau Stromboli turut menyebabkan gelombang ombak setinggi kira-kira satu setengah meter.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Kejadian tsuami kecil itu mungkin disebabkan oleh detasmen di Sciara del Fuoco. Siren amaran dibunyikan di pulau itu dan menurut Perlindungan Awam kejadian ombak tinggi itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Kejadian ini bukan satu-satunya yang terjadi sejak kebelakangan ini. Sebelum ini sebuah gunung berapi di Indonesia juga turut meletus pada hari Ahad yang lalu. Di Hawaii, gunung berapi Mauna Loa turut meletus pada 27 November lalu dan sehingga kini aliran lava masih berterusan keluar.

Sumber: WXYZ Detroit

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.