Jepun Kemas “Locker Room”, Tinggalkan Origami & Ucapan Terima Kasih Pada Penganjur
Pasukan Jepun mengakhiri perjalanan mereka di peringkat 16 terbaik dalam saingan Piala Dunia Qatar selepas terikat 1-1 kepada Croatia sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Al Janoub, Isnin lalu.
Berdasarkan laporan Sinar Harian, pasukan Jepun sebelum ini telah menunjukkan prestasi terbaik dalam saingan Piala Dunia pada kali ini apabila mereka berjaya mencipta kejutan menewaskan gergasi Eropah iaitu Sepanyol dan Jerman di peringkat kumpulan.
Seiring dengan aksi cemerlang yang dipamerkan, skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat berdisiplin dan kebersihan mereka sepanjang menggunakan bilik persalinan pasukan yang disediakan.
Walaupun telah gagal ke pusingan suku akhir, pemain Jepun tetap berdisiplin apabila meninggalkan bilik persalinan mereka di Stadium Al Janoub dalam keadaan bersih.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Tak hanya itu, mereka juga dilaporkan turut membuat origami dan meninggalkannya disitu sebagai tanda hadiah kepada pihak penganjur.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Selain itu, pasukan tersebut juga telah meninggalkan nota ucapan terima kasih dalam bahasa Arab dan Jepun dalam bilik persalinan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian