Siakap Keli
Kredit Mothership

Legenda “Sesame Street”, Bob McGrath Meninggal Dunia

Legenda “Sesame Street”, Bob McGrath meninggal dunia

Pemegang watak manusia dalam siri rancangan kanak-kanak terkenal “Sesame Street” iaitu Bob McGrath, telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, lapor Mothership.

Bob membawa watak sebagai seorang jiran yang peramah dan menggunakan nama Bob Johnson dalam rancangan kanak-kanak kegemaran ramai itu.

Pemergiannya telah disahkan melalui keluarganya di halaman Facebook miliknya pada hari Ahad, 4 Disember lalu.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Bob McGrath with Telly Monster on Sesame Street

“Keluarga McGrath mempunyai berita sedih untuk dikongsikan. Bapa kami Bob McGrath telah meninggal dunia pada hari ini. Dia meninggal dunia dengan aman di rumah sambil dikelilingi oleh ahli keluarganya,” tulis kemas kini tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Dia merupakan seorang pelakon, pemuzik dan pengarang buku cerita kanak-kanak. Beliau juga telah menjadi keluarga “Sesame Street selama lebih daripada 50 tahun.”

Program Sesame berkata pada petang Ahad bahawa mereka akan “berkabung atas pemergian Bob McGrath”.

McGrath adalah merupakan pencari bakat dalam siri “Sesame Street” sewaktu rancangan itu ditayangkan pada tahun 1969 lalu. Dia juga kemudiannya muncul dalam perintis siri itu pada tahun tersebut, lapor Variety.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Dia akhirnya telah muncul dalam 47 musim siaran televisyen rancangan tersebut. Penampilan terakhir dia dalam rancangan itu pada tahun 2017 yang lalu. Dia juga terus membuat penampilan khusus di pelbagai acara yang berkaitan dengan “Sesame Street”, menurut Variety.

Bob McGrath telah dibesarkan di Illinois dan belajar muzik di Universiti Michigan serta Sekolah Muzik Manhattan. Dia juga merupakan seorang penyanyi dan melebarkan kerjaya nyanyiannya di luar negara seperti di Jepun.

Bob meninggalkan seorang isteri, Ann McGrath yang berusia 89 tahun bersama lima orang anak dan lapan cucu.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.