Siakap Keli
Buat Pembedahan Plastik Sampai Cacat
Gambar: Life of Muslim

Padah Buat Pembedahan Plastik Sampai Cacat, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri

Padah Buat Pembedahan Plastik Sampai Cacat, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri

Seorang lelaki Jordan nekad menceraikan isterinya selepas pembedahan plastik yang dilakukan isterinya itu gagal sehingga membawa kepada kecacatan, lapor Gulf News.

Pembedahan tersebut dikatakan telah dijalankan oleh doktor yang tidak bertauliah, menurut Omar Al Shobaki, ketua Persatuan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Jordan.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Dalam satu program, Al Shobaki berkata bahawa pembedahan itu telah menyebabkan kecacatan yang tidak boleh diperbaiki oleh mana-mana pakar pembedahan plastik di dunia.

Memetik Gulf News, doktor yang melakukan pembedahan tersebut telah mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Kos pembedahan plastik yang dilakukan oleh pakar jauh lebih rendah daripada yang doktor tidak bertauliah itu.

Al Shobaki mengatakan bahawa peratusan kesilapan yang dilakukan oleh doktor tersebut adalah sangat besar dan menekankan bahawa iklan yang mengelirukan telah menyebabkan ramai orang awam mudah tertipu.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Menurutnya pembedahan plastik hanya boleh dilakukan oleh doktor yang telah memperoleh tauliah dari Lembaga Pembedahan Plastik, Pemulihan dan Terbakar Jordan atau setaraf dengannya.

Sumber: Gulf News

Noorliyana Ishak