Siakap Keli
Kredit CNN

Batu Berbentuk Ikan Gergasi Muncul Di Tengah Padang Pasir

Batu berbentuk ikan gergasi muncul di tengah padang pasir

Gambar batu berbentuk ikan gergasi berjaya dirakam oleh seorang jurugambar bernama Khaled Al Enazi di tengah gurun berpasir di Arab Saudi, lapor CNN.

Khaled merakam imej berbentuk luar biasa itu menggunakan dron semasa beliau sedang merakam khazanah arkeologi di daerah Al-Ula Arab Saudi. Daerah Al-Ula merupakan kawasan yang terkenal dengan struktur yang menyaingi bandar Petra di Jordan.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Semasa saya mendokumentasikan kawasan itu, pemandangan gunung itu muncul di hadapan saya, bentuknya seperti ikan di tengah padang pasir,” kata Khaled kepada CNN melalui e-mel.

Menurut Khaled lagi, dia mungkin bukan orang yang pertama menemui pembentukan batu unik itu, tetapi dia percaya mungkin dia orang yang pertama menyedari bentuk yang unik itu dari perspektif udara.

“Mata jurugambar melihat apa yang lain tidak nampak,” katanya lagi.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Khaled kemudiannya menamakan gunung batu itu sebagai Desert Fish. Dalam rakaman dron yang dirakam oleh Khaled pada Jun lalu, pembentukan batu itu menyerupai makhluk akuatik yang sedang berenang merentasi pasir keemasan di padang pasir tersebut.

Struktur seperti sirip di bahagian belakangnya menampakkan ianya seperti seekor jerung yang sedang mencari peluang untuk menyerang mangsanya.

Sejak imej itu dikongsi, pengguna media sosial telah meninggalkan pandangan mereka berkenaan batu itu sebagai tinggalan binatang laut gergasi.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

“Ada yang menyebut bahawa ia adalah ikan sebenar yang telah difosilkan berjuta-juta tahun dahulu, tetapi itu bukan yang sebenarnya. Ia adalah batu pasir yang terbentuk oleh banyak faktor,” cerita Khaled lagi.

Video Desert Fish yang dikongsi dalam Twitter miliknya pada bulan Julai lalu telah mendapat lebih 29,000 tontonan.

Khaled pada waktu ini sedang berusaha untuk membuka saluran YouTube miliknya sendiri untuk mendokumentasikan wilayah Al-Ula dan landskapnya yang menarik. Meliputi hampir 9,000 batu persegi (22,500 kilometer persegi), daerah Al-Ula adalah rumah kepada salah satu pemandangan padang pasir yang paling dramatik di dunia.

Orang Nabataean purba menubuhkan bandar utama di selatan mereka di utara lembah Al-Ula dan mengukir makam yang menakjubkan menjadi singkapan batu di Mada’in Salih, kini Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Beberapa batu di Al-Ula yang terbentuk daripada faktor semula jadi telah menjadi bentuk yang mengejutkan manusia. Sebuah batu yang dikenali sebagai Jabal Al-Fil oleh orang tempatan terkenal dengan persamaan bentuknya yang seperti gajah.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.