Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Calon-Calon Timbalan Menteri Akan Dimuktamad Dalam Masa Terdekat – Anwar 

Sofea
calon-calon timbalan menteri akan dimuktamad
Gambar: Bernama

Calon-Calon Timbalan Menteri Akan Dimuktamad Dalam Masa Terdekat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa calon-calon bagi Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata mengenai perkara tersebut menerusi ciapan ringkas di Twitter rasmi miliknya sebentar tadi.

“InshaAllah, calon-calon Timbalan Menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ciapan yang lain, beliau memanjatkan rasa syukur kerana mesyuarat kabinet mingguan berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif pagi pagi tadi.

Tegasnya, masalah kos sara hidup menjadi tumpuan utama dan perlu diselesaikan dengan segera.

“Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,” katanya.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim