Siakap Keli
Gambar: Bernama

MIC Setuju Tak Terima Sebarang Jawatan Timbalan Menteri – Setiausaha Agung

MIC Setuju Tak Terima Sebarang Jawatan Timbalan Menteri – Setiausaha Agung

Malaysian Indian Congress (MIC) hari ini memaklumkan bahawa parti itu tidak akan terima sebarang jawatan sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran berkata bahawa parti itu menghormati pilihan pengundi semasa Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“MIC merakamkan sokongan kepada titah Yang Dipertuan Agong, untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Walau bagaimanapun, parti Malaysian Indian Congress (MIC) menghormati pilihan para pengundi semasa PRU ke-15 dan menyatakan bahawa parti MIC melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini telah bersetuju untuk tidak menerima sebarang jawatan sebagai Timbalan Menteri di dalam kabinet Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, MIC juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemilihan dan pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Parti itu turut berharap Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia.

Sumber: Bernama

Farah Nabilah