Siakap Keli
model jepun 51 tahun
Gambar: IG Risa Hirako

Netizen Terkejut Model Jepun Ini Dedah Umurnya Dah 51, Pakat Minta Rahsia Awet Mudanya

Tak Dimakan Usia, Model Jepun Ini Tampil Awet Muda Walaupun Mencecah 51 Tahun

Penampilan dan kecantikan seorang model Jepun, Risa Hirako mengejutkan warga maya apabila rupa parasnya langsung tidak menggambarkan usia sebenar model tersebut, yang sudah menjangkau 51 tahun.

Pendedahan umur yang dibuatnya sendiri itu nyata membuatkan para peminatnya terkesima seketika kerana dengan kulit wajahnya yang kelihatan begitu licin tanpa kedutan, mereka beranggapan model tersebut mungkin berumur sekitar pertengahan 20-an.

Tidak ingin melepaskan peluang, mereka kemudiannya membanjiri ruangan komen Instagram Risa dan meminta model tersebut untuk berkongsi rahsia awet mudanya.

Namun Risa berkata, rutin penjagaan kulitnya tidak mengandungi apa-apa rahsia, sebaliknya dia bergantung gaya hidup sihat yang diamalkannya selama ini.

Kredit: Instagram

Gaya hidup sihat adalah kunci kejelitaan Risa Hirako

Dalam satu hantaran, Risa menyentuh mengenai manfaat yang diperolehi menerusi amalan pemakanan makanan organik, memastikan kulit terhidrasi dan keluar untuk menikmati alam semula jadi secara berkala.

“Cuba makan makanan organik dan gunakan produk organik sebanyak mungkin. Selain itu, pastikan kulit anda sentiasa lembap dan terhidrasi untuk 24 jam,” tulisnya melalui laman Instagram.

Katanya lagi, setiap kali keluar, dia akan memakai topi dan pakaian yang boleh melindungi dirinya daripada terdedah kepada sinaran UV.

Berdasarkan hantaran gambar-gambar juadah di laman Instagramnya, Risa didapati sering memakan makanan yang sihat dan seimbang seperti roti bakar dengan hirisan avokado, smoothie buah-buahan dan kerap meminum teh hijau.

Dalam pada itu, pengikutnya turut berpendapat bahawa pemilihan pakaian dan dandanan rambut serta gaya solekannya turut membantu model tersebut untuk kelihatan awet muda.

Kredit: Instagram
Kredit: Instagram

BACA: Ibu Hamil 28 Minggu Cipta Kejutan, Tawan Acara Sukan Lasak “Spartan Race” Dalam Masa Sejam 10 Minit

Sumber: New York Post

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma