Siakap Keli

Rasmi: BN Menang Di DUN N42 Tioman

Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya memenangi kerusi N43 DUN Tioman dengan majoriti 573 undi, umum SPR sebentar tadi.

Difahamkan, Datuk Seri Mohd Johari Hussain  turut bersaing bersama beberapa calon lain iaitu Nor Idayu Hashim (Perikatan Nasional), Osman A. Bakar (Pejuang), calon Pakatan Harapan Mohd Fadzli Mohd Ramly yang hanya menghantar wakil Manan Muhamad (tengah),  dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Untuk makluman, PRU15 bagi DUN Tioman sepatutnya diadakan pada 19 November lepas, serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Namun, ia ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada hari pengundian pilihan raya tersebut, pada pukul 3.30 pagi di Hospital Rompin, Pahang.

Sebelum ini, BN telah memperoleh 16 kerusi DUN Pahang manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya datang dari DAP, manakala PN mendapat 17 kerusi.

Justeru, PH Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber: SPR

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma