G-Shock “Collab” Dengan Super Mario, Bakal Dijual Mulai 9 Disember Ini
Casio G-Shock dengan kerjasama Super Mario Brother telah mencipta jam tangan digital kolabrasi pertama mereka dan bakal dijual pada harga RM709 mulai 9 Disember ini, lapor Mothership.
Jam tangan G-SHOCK Super Mario Brothers dicipta dengan model DW-5600 digital Casio. Jam tangan tersebut juga mempunyai kemasan bezel emas yang disiapkan dalam warna merah ikonik bagi Mario.

Jalur jam tangan itu juga dilitupi dengan cetakan corak berbilang sudut tukang paip bermisai kegemaran ramai yang akan membesar apabila menghantukkan kepalanya pada cendawan.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Apabila pengguna menekan butang lampu disisi jam tersebut, pengguna akan melihat nyalaan lampu Mario pada paparan yang seolah-olah telah menjaringkan “1UP”.

Pembelian jam tangan tersebut akan dibungkus dalam bekas berwarna merah dengan menerapkan unsur-unsur daripada permainan seperti, “Super Mushroom”, “Brick Block” dan “? Block” dengan Mario melompat ke atasnya.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Seterusnya, jam tangan ini juga mempunyai ciri “kuasa solar” yang membolehkannya mengecas semula tenaga solar untuk bateri yang lebih lama.
Selain itu, semua model juga akan didatangkan dengan spesifikasi teknikal lengkap pengedap rintangan hentakan G-Shock, ketahanan air 200m, isyarat masa setiap jam, pengiraan masa dan ciri pergeseran jarum.
Jam tangan itu juga dilengkapi dengan Pautan Telefon Pintar yang dipautkan secara wayarles dengan pelbagai peranti berdaya Bluetooth.
Kesemua ciri itu berfungsi setelah pengguna muat turun aplikasi G-Shock Connected pada telefon. Pengguna juga akan dapat mengakses pelarasan masa automatik, tetapan jam tangan yang mudah di lebih kurang 300 bandar dan juga ciri Pencari Telefon.
Jam tangan DW-5600SMB-4 dijual dengan harga RM709 dan boleh dibeli dalam talian pada 9 Disember. Ianya juga boleh didapati di semua kedai G-Shock pada 14 Disember nanti.
Sumber: Mothership