Siakap Keli
Kredit Sinar Harian

Pemandu “Microsleep”, Empat Kenderaan Remuk Dirempuh

Pemandu “Microsleep”, Empat Kenderaan Remuk Dirempuh

Seorang pemandu kereta terlelap ‘microsleep’ sebelum terbabas dan melanggar empat kenderaan lain di bahu jalan di Jalan Sultan Yahya Petra semalam, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 2.25 petang dan menyebabkan seorang pembantu gudang lelaki berusia 21 tahun yang terbabit cedera di bahagian hidung dan sedang dirawat di Zon kuning Hospital Perempuan Zainab II.

Rempuhan daripada kereta jenis Proton Persona itu turut mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Proton Iswara yang dirempuh alami cedera ringan dan lebam di bahagian kepala.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Kanak-kanak itu turut menerima rawatan perubatan di Hospital yang sama. Lima lagi mangsa yang berusia antara 26 hingga 47 tahun sewaktu kejadian berada di dalam kereta masing-masing dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, selain Proton Iswara, tiga lagi kenderaan yang terlibat dalam rempuhan itu ialah Perodua Alza, Honda City dan Mitsubishi. Kesemua kereta tersebut mengalami kerosakan berikutan rempuhan yang diterima.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Siasatan awal mendapati pembantu gudang itu memandu Proton Persona dari arah Persimpangan Taman Maju menghala ke Persimpangan Wakaf Siku dan mengalami microsleep lalu terbabas ke kiri jalan merempuh belakang Proton Iswara.

“Akibatnya, Proton Iswara tergelongsor ke hadapan melanggar tiga kenderaan lain yang berada di tempat sama,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, pada Khamis.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Menurut Mohd Rosdi lagi, kes sedang disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana telah gagal untuk mengawal kenderaan ketika sedang memandu dan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” kata Mohd Rosdi lagi.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.