Sidang Parlimen Turkiye Bertukar Tragedi, Ahli Parlimen Bertumbuk Sampai Masuk ICU
Seorang ahli parlimen pembangkang terpaksa dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas berlaku pergaduhan dan adegan tumbuk menumbuk sewaktu sidang bajet 2023 Turkiye berlangsung, lapor Balkan Insight.
Berpuluh-puluh ahli parlimen dilihat bertelagah dan salah seorangnya, Huseyin Ors yang merupakan seorang ahli parlimen muda dari parti pembangkang Good Party telah ditumbuk oleh ahli parti pemerintah.
Huseyin yang mengalami masalah jantung telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital.
“Ia adalah hari yang menyedihkan bagi pihak Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye dan hari memalukan bagi mereka yang melakukan serangan itu,” kata jurucakap Good Party, Kursad Zorlu.
Huseyin juga dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan keningnya juga telah terbelah berikutan dipukul oleh seorang ahli parlimen yang memakai cincin ketika serangan tersebut.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Seorang lagi Ahli Parlimen Good Party, Aylin Cesur yang juga merupakan seorang doktor perubatan berkata bahawa Huseyin berada dalam keadaan kritikal.
“Rawatannya diteruskan di unit rawatan rapi kerana keadaannya yang mengancam nyawa. Saya harap peristiwa seperti itu tidak akan berulang,” kata Aylin Cesur kepada saluran berita dalam talian Turkiye T24.
Perbalahan dan serangan lisan bukan perkara luar biasa di parlimen Turkiye tetapi kekecohan pada hari Selasa lalu adalah sangat luar biasa.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“Saya mengutuk serangan ke atas Ahli Parlimen Trabzon kami, Huseyin Ors. Serangan yang dibuat ke atas wakil negara akan memburukkan nama negara sahaja,” tulis Bugra Kavuncu, ketua cawangan Good Party di Twitter miliknya.
Disebabkan kekecohan di parlimen, semua sesi digantung oleh timbalan speaker dewan, Haydar Akar, ahli pembangkang utama Parti Rakyat Republikan, CHP yang mempengerusikan perbahasan pada Selasa lalu.
TBMM Genel Kurulunda devam eden bütçe görüşmeleri sırasında AKP ve İYİ Parti milletvekilleri arasında kavga çıktı
Yumruklaşmaların olduğu kavga esnasında başından yaralanan İYİ Parti Trabzon Milletvekili Hüseyin Örs hastaneye kaldırıldı pic.twitter.com/RpwAHfHakH
— DW Türkçe (@dw_turkce) December 6, 2022
AK Parti Bursa Milletvekili Zafer Işık'ın İYİ Parti Milletvekili Hüseyin Örs’e yumruk attığı an… pic.twitter.com/zQP46muBv2
— Neden TT oldu? (@nedenttoldu) December 6, 2022
Sumber: Balkan Insight