Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Para peminat BLACKPINK di seluruh negara tidak sabar untuk menyambut ketibaan artis-artis terkemuka global mereka di Malaysia pada tahun depan! Untuk menambah lagi keseronokan, Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau dan penaja utama bagi konsert BLACKPINK WORLD TOUR KUALA LUMPUR, memberi peluang eksklusif kepada para penggunanya untuk memenangi tiket BLACKPINK WORLD TOUR KUALA LUMPUR.
Peraduan ini ialah sebahagian daripada kempen Rewards 2 No End (Ganjaran Tiada Penghujung) Boost yang berlangsung dari 8 Disember 2022 sehingga 7 Januari 2023.
Kempen Rewards 2 No End ialah kejutan istimewa daripada Boost untuk menggembirakan lebih 10 juta penggunanya sempena musim cuti ini. Sepanjang tempoh kempen, pengguna Boost boleh menebus ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet untuk menikmati diskaun RM2 apabila membayar dengan Boost*. Pengguna hanya perlu mengunjungi halaman ‘BoostUP Rewards Catalogue’ (Katalog Ganjaran BoostUP) pada jam 2PTG setiap hari menerusi pautan ini (https://myboost.app.link/Gw8r2L46wvb) untuk melayari, memilih, dan menebus ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet. Setiap pengguna boleh menebus sehingga dua RM2 BOOSTPINK Wallet setiap hari.
Kemudian, kongsikan gambar di laman Instagram atau Facebook anda dan tag dua rakan dan juga @myboostapp dengan hashtag #BoostxBLACKPINK, bersama dengan Invite Code (Kod Jemputan) anda untuk melengkapkan penyertaan*.
Bagi mendapatkan Invite Code anda, kunjungi profil aplikasi Boost, klik pada ‘Refer & Earn’ (Rujuk & Untung) dan salin Invite Code anda. Seramai dua pemenang akan dipilih setiap minggu untuk sejumlah lapan pemenang bertuah secara keseluruhan yang akan dapat menyaksikan sensasi K-pop legenda di konsert BLACKPINK WORLD TOUR KUALA LUMPUR*.
Penebusan ganjaran RM2 BOOSTPINK Wallet adalah terhad setiap hari, jadi pastikan aplikasi Boost anda sedia dibuka pada jam 2PTG kerana itulah masanya ganjaran tersebut akan diperbaharui setiap hari sepanjang tempoh kempen*. Setelah ditebus, ganjaran tersebut akan sah untuk digunakan pada hari yang sama sahaja. Ganjaran itu akan digunakan secara automatik bagi diskaun RM2 apabila membuat perbelanjaan minimum RM10 di mana-mana satu daripada lebih setengah juta peniaga Boost di seluruh negara*.
Dibawakan oleh YG Entertainment dan dipromosikan oleh Live Nation, akan melancarkan jelajah ASIA terbesar dalam sejarah kumpulan K-pop pada tahun depan dengan dua konsert berturut-turut pada 7 dan 8 Januari di National Stadium di Bangkok, dan kemudian akan singgah di banyak bandar raya lain termasuk Hong Kong, Riyadh, Abu Dhabi, Kuala Lumpur, Jakarta, Kaohsiung, Manila, dan Singapura.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Rewards 2 No End anjuran Boost, sila layari:
https://myboost.app.link/Gw8r2L46wvb
Bagi usahawan yang ingin memajukan perniagaan dengan Boost, sila layari: