Siakap Keli
bunuh & bakar mayat isteri
Kredit Tribunnews

Berang Isteri Kerja Di Pusat Hiburan, Lelaki Tergamak Bunuh & Bakar Mayat Isteri

Berang Isteri Kerja Di Pusat Hiburan, Lelaki Tergamak Bunuh & Bakar Mayat Isteri

Kes penemuan mayat wanita terbakar dalam sebuah kereta Daihatsu Ayla berwarna merah di Subang, Jawa Barat, Indonesia akhirnya terbongkar, lapor Tribunnews.

Suspek berjaya diberkas tidak sampai 24 jam selepas penemuan mayat wanita yang dibakar dalam sebuah kereta di Subang itu.

Ternyata pelaku yang membunuh wanita yang ditemui terbakar dalam kereta tersebut ialah suaminya sendiri yang berusia 43 tahun. Mangsa 29 tahun, dikatakan berasal dari Cirebon, Jawa Barat.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Mangsa merupakan isteri suspek yang dikenali sebagai penghibur di Cirebon sebelum berkahwin sebagai isteri kedua suspek. Suspek mengenali mangsa di sebuah pusat hiburan,” kata Ketua Polis Daerah Subang AKBP Sumarni, dalam sidang media pada Jumaat.

Suspek membunuh mangsa kerana kesal dengan isterinya yang bekerja di sebuah pusat hiburan. Suspek membunuh mangsa di perumahan mereka tinggal pada hari Khamis sekitar jam 2.00 petang WIB.

“Mangsa kemudian dibawa ke kereta, dibalut dengan pakaian suspek yang berlumuran darah dalam keadaan terlentang.

“Suspek kemudiannya membawa mayat mangsa ke kawasan Pusakanagara, Subang di hadapan sebuah bangunan kosong berhampiran stesen minyak. Setiba di tempat kejadian, suspek terus menyiram mayat mangsa dengan minyak diesel dan membakarnya,” beritahu Sumarni lagi.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Setelah selesai melakukan kegiatan jenayahnya, suspek telah menaiki bas dan kembali ke Jakarta. Pihak polis segera sampai ke lokasi kejadian sekitar jam 8.00 malam WIT untuk melakukan siasatan di lokasi kejadian sehingga jam 13.00 WIT.

“Daripada hasil siasatan di lokasi kejadian, polis dari Unit Siasatan Jenayah Polis Subang segera memburu suspek dan berjaya ditahan di Bekasi,” kata Sumarni.

Sumarni juga turut menjelaskan, mangsa mengalami kesan tikaman di leher. Luka itu didakwa menjadi penyebab mangsa meninggal dunia.

Selain itu, Sumarni berkata bahawa mereka juga berjaya mendapatkan sejumlah bukti berkenaan kejadian tersebut.

“Barangan yang kami temui termasuk pakaian mangsa dan suspek yang berlumuran darah, setengah botol air mineral 1.5 liter dan sebuah kereta. Sementara itu, pisau yang digunakan untuk menikam leher mangsa masih belum ditemui,” jelas Sumarni lagi berkenaan kes tersebut.

Suspek juga telah mengaku pisau yang digunakan untuk menikam mangsa telah dilemparkan ke atas jalan.

Suspek didakwa marah isterinya kerana masih bekerja di pusat hiburan dan telah merancang untuk membunuh isterinya itu.

Akibat daripada perbuatan jenayah suspek, dia ditahan di sel tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang dan bakal disabitkan dengan Perkara 340 Kanun Jenayah dengan ancaman bunuh atau penjara seumur hidup atau hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sumber: Tribunnews

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka