Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ada Budak Memanggilnya…,” Ibu Dedah Anak Tak Dapat Tidur Malam Sebelum Hilang Dalam Hutan

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit Sinar Harian

“Ada Budak Memanggilnya…,” Ibu Dedah Anak Tak Dapat Tidur Malam Sebelum Hilang Dalam Hutan

Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di hutan belakang rumahnya di Kampung Temalir, didakwa sudah lima hari tidak tidur sebelum hilang pada Selasa lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, remaja bernama Norhisham Saifudin 18 tahun hilang selepas dia bertindak berlari ke kawasan hutan melalui sebuah kebun getah pada jam 4.45 petang.

Rahaida Ghani@Hassan, 49 tahun yang merupakan ibu mangsa berkata anak keempat daripada beradik itu telah mengalami halusinasi selepas dia pulang daripada bercuti di Kuala Lumpur.

“Dia tidak dapat tidur malam dan kerap memberitahu ada budak memanggilnya sambil menunjukkan ke arah kawasan yang tidak ada siapa-siapa pun.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Dia juga bersiap-siap untuk keluar dengan membawa beg galas dan memberitahu ada orang sedang menunggunya,” kata Rahaida ketika dihubungi pemberita pada hari ini.

Kata penoreh getah itu lagi, Norhisham didakwa hilang pada hari sama keluarganya bercadang untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Kami tak beritahu pun nak bawa dia ke hospital. Tiba-tiba sahaja dia keluar rumah.

“Ketika dipanggil oleh abang sulungnya, dia lari ke dalam hutan dan dikejar sejauh 100 meter namun terus hilang ke hutan,” katanya.

Pencarian remaja berkenaan masih diteruskan oleh pasukan keselamatan yang turut dibantu oleh penduduk kampung tersebut.

“Keluarga mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi mendoakan dia ditemui selamat.

“Saya risau keadaan dia di dalam hutan entah makan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan sekitar jarak dua kilometer di dalam hutan lokasi mangsa hilang.

Operasi tersebut telah membabitkan seramai 42 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sumber: Sinar Harian