Siakap Keli
Air Pasang Besar Diramal Badai Klang
Gambar: Bernama

Air Pasang Besar Diramal Badai Klang 23 Disember Ini, Ketinggian Air Dijangka Cecah 5.1 Meter 

Air Pasang Besar Diramal Badai Klang 23 Disember Ini, Ketinggian Air Dijangka Cecah 5.1 Meter 

Fenomena air pasang besar yang dijangka bermula 23 hingga 26 Disember ini berkemungkinan membawa kepada bencana banjir akan berlaku di sekitar Klang, lapor Sinar Harian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Klang dalam satu kenyataan menggesa supaya penduduk di sekitar daerah Klang peka dengan risiko banjir besar yang mungkin akan berlaku.

Menurut kenyataan itu, ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.1 meter pada Sabtu dan Ahad minggu depan.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Pihak JBPD juga turut mengingatkan warga Klang untuk sentiasa bersedia dan dapatkan maklumat terkini mengenai cuaca serta arahan lanjut daripada pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

Kredit Pejabat Daerah dan Tanah Klang

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti di ruangan komen.

“Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai 16 hingga 19 Disember dan 23 hingga 26 Disember 2022,” kata kenyataan itu di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Khamis.

Orang ramai juga boleh membuat laporan berhubung sebarang kejadian bencana dengan menghubungi talian kecemasa melalui nombor WhatsApp Pejabat Daerah dan Tanah Klang (24 jam) di nombor 010-869 1067.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka