Siakap Keli

Debat Messi vs Ronaldo Bakal Berakhir Jika Argentina Juara Piala Dunia?

Debat Messi vs Ronaldo Bakal Berakhir Jika Argentina Juara Piala Dunia?

Perdebatan siapa lagi hebat antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bagai tiada kesudahan, kerana kedua-dua mereka ada kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Kita sebagai peminat perlu akui Messi adalah bakat dan Ronaldo adalah kerja keras.

Selepas perlawanan separuh akhir Argentina menentang Croatia awal pagi semalam, Argentina berjaya melayakkan diri ke pentas akhir dan ini kali pertama Messi bakal merasai nikmat perlawanan akhir Piala Dunia yang belum dirasai Ronaldo.

Dalam karier Ronaldo di Piala Dunia, tempat keempat diĀ  Jerman 2006 adalah kempen terbaik beliau dan untuk Lionel Messi, kempen Piala Dunia Qatar ini adalah yang terbaik untuknya. Ini kesempatan terbaik Messi menjulang Argentina ke peringkat tertinggi bola sepak.

Untuk rekod jaringan sepanjang karier, setakat ini Ronaldo telah menjaringkan 819 gol dalam semua kelab yang diwakili dari Sporting CP hingga kembali ke Manchester. Messi pula telah menjaringkan 750 gol untuk Barcelona, PSG dan Argentina sepanjang karier.

Pertembungan kedua-dua mereka dalam anugerah Ballon d’Or juga tidak kurang sengitnya. Setakat ini, Ronaldo telah memenangi lima gelaran (2008, 2013, 2014, 2016, 2017). Lionel Messi pula telah memenangi 7 gelaran dan menjadikan pemain paling banyak memenanginya dalam sejarah.

Ketika mewakili Portugal, rekod terbaik Ronaldo membawa Portugal menjuarai Euro 2016 dan ketika itu meletakkan Ronaldo mendahului Messi kerana berjaya menjuarai kejuaraan benua. Namun, lima tahun selepas itu Messi pula menjuarai Copa America 2021.

Adakah jika Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 ini bakal menamatkan perdebatan antara kedua-dua GOAT ini? Ini kerana, Messi telah mengumumkan perlawanan akhir bakal jadi perlawanan terakhir beliau untuk Argentina dan umur Ronaldo bakal menjangkau 41 tahun untuk Piala Dunia seterusnya.

Argentina bakal bertemu juara bertahan Perancis di pentas akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang dijadualkan pada 18 Disember, jam 11 malam (waktu Malaysia). Perancis menewaskan Morocco pada aksi separuh akhir awal pagi tadi dengan keputusan 2-0.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)