Siakap Keli
Gambar: Facebook Udon iNFo

Lelaki Nekad Palsukan Kematian, Semata Nak Lari Tinggal Isteri Duduk Dengan Kekasih Baru

Lelaki Nekad Palsukan Kematian, Semata Nak Lari Tinggal Isteri Duduk Dengan Kekasih Baru

Seorang lelaki Thailand nekad memalsukan kematiannya untuk melarikan diri dan memutuskan hubungan dengan isterinya, lapor Thaiger.

Lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Bird itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada Selasa, 13 Disember.

Bird berkata bahawa dia akan menamatkan segala-galanya kerana sudah tidak boleh menahan kebencian isterinya itu dan membawa anaknya bersama.

Pada malam Selasa, seorang penduduk yang sedang beriadah di taman rekreasi di Udon Thani, Thailand telah menemui dua pasang kasut milik orang dewasa dan kanak-kanak berhampiran tasik taman itu.

Memetik Thaiger, penduduk itu turut menemukan nota bunuh diri di dalam salah satu kasut tersebut.

Gambar: Facebook Udon iNFo

Dalam nota berkenaan, Bird menulis nota bunuh diri dan ditujukan kepada isterinya.

“Kepada Nid, ibu kepada anak saya. Kenapa awak buat saya begini? Awak kata yang awak pergi bekerja, tetapi tidak ada kerja sama sekali. Awak tinggalkan saya dan anak kita untuk berbahagia bersama kekasih awak. Kenapa? Saya dan anak saya tidak akan menjadi beban untuk awak lagi. Awak akan gembira selepas ini. Dari saya dan anak kita.”

Kasut-kasut tersebut kelihatan seolah-olah bapa dan anaknya sudah membunuh diri dan lemas di dalam tasik.

Gambar: Thaiger

Sementara itu, seorang saksi memberitahu kepada pihak polis bahawa mereka melihat seorang lelaki berusia 40 hingga 50 tahun dan seorang kanak-kanak kecil berusia kira-kira lima hingga enam tahun di taman awam itu pada pukul 5 petang.

Menurut saksi itu, mereka duduk berhampiran tasik, tetapi tiada siapa yang nampak mereka masuk ke dalam tasik tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Penduduk yang menjumpai nota bunuh diri itu melaporkan isu tersebut kepada polis dan pencarian mayat mereka telah dilakukan.

Datuk Bandar Udon Thani, Thanadon Puttarak, mengarahkan tiga pasukan penyelam untuk mencari mayat mangsa di dalam tasik.

Mereka memulakan misi bermula pukul 10 malam dan diteruskan sehingga 3 pagi, namun mayat mereka masih tidak dijumpai sebelum mendapat panggilan untuk menghentikan misi tersebut.

Ketua Polis Mueng Udon Thani, Aree Sinsutha melaporkan kepada media bahawa dia telah menerima panggilan daripada bekas isteri lelaki yang hilang itu.

Gambar: Facebook Udon iNFo

Aree dimaklumkan bahawa kisah bunuh diri lelaki dan anaknya itu adalah rekaan semata-mata.

Wanita tersebut mendedahkan bahawa Bird hilang pekerjaan dan bertengkar dengan isterinya sekarang, dan meninggalkannya untuk tinggal bersama kekasih barunya.

Bekas isterinya itu turut berkata bahawa dia tersempak dengan mereka dan mendakwa mereka kelihatan sangat gembira.

Susulan daripada itu, pihak polis cuba untuk mengesan Bird bagi mengesahkan kes ini namun tidak berjaya dan setakat ini tiada perkembangan mengenai kes tersebut.

Sumber: Thaiger

Noorliyana Ishak