Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggaran Tanah Runtuh Seluas Tiga Ekar, Rakaman Udara Dedah Keadaan Di Lokasi Bencana

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, berdekatan Father’s Organic Farm di Genting Highland awal pagi tadi.

Sebentar tadi, pihak bomba telah mendedahkan rakaman dari udara yang menunjukkan keadaan persekitaran insiden tanah runtuh itu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kawasan luas yang terjejas dengan runtuhan tanah merah dari kawasan yang lebih tinggi.

Sebelum ini, pihak bomba melaporkan ketinggian runtuhan tersebut dianggarkan kira-kira setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebanyak tiga ekar.

Menurut ciapan BERNAMA, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha berkata beberapa mangsa yang terkorban telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, manakala sebahagiannya lagi masih berada di lokasi tragedi.

Menteri Kesihatan turut memaklumkan bahawa 13 orang dilaporkan terkorban setakat ini.

Terdahulu, BERNAMA juga melaporkan bahawa pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 60 mangsa setakat ini. Difahamkan, seramai 100 individu dilapor berada di lokasi perkhemahan tersebut ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Manakala 25 mangsa lagi dilaporkan masih terperangkap.

BACA: Tanah Runtuh: JKR Tutup Jalan B66 Batang Kali – Genting, Pengguna Diminta Guna Laluan Alternatif

Sumber: Bernama via Twitter