Siakap Keli
alif satar jumpa mufti menk
Gambar: IG Alif Satar

Tak Sangka Doa Makbul, Alif Satar Teruja Jumpa Mufti Menk Di Tanah Suci

Terkejut doa dimakbulkan, pelakon dan penyanyi Alif Satar tidak sangka dapat bertemu pendakwah terkenal dari Zimbabwe Mufti Menk apabila beliau muncul dan solat di sebelahnya ketika di Madinah, Arab Saudi baru-baru ini.

Alif Satar yang menunaikan umrah bersama kumpulan The Locos berkata dia bergegas menuju ke masjid selepas menonton Instagram ‘live’ yang dibuat oleh Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Menk yang menunjukkan keberadaannya di situ.

Ujar Alif, dia tahu peluang untuk bertemu dengan pendakwah terkenal itu adalah tipis, tambahan pula perlu berdepan dengan ‘lautan’ manusia yang ramai di rumah Allah itu.

“Siap tanya cleaner (tukang cuci), ada jumpa Mufti Menk tak? Tetapi dia pun tidak pasti.

“Dalam hati saya berkata, ‘In Shaa Allah, kalau ia merupakan rezeki saya, Allah akan makbulkan’. Kemudian, beliau muncul dan solat di sebelah saya. Allahuakbar. Saya sangat gembira dapat berjumpanya secara peribadi,” katanya.

Alif berkongsi kenangan manisnya itu di laman Instagram peribadinya pada Khamis.

Mengakui Mufti Menk banyak membantunya dalam kehidupan, Alif turut menyatakan rasa syukur kerana ilmu dan juga kata-katanya membantu dirinya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Terima kasih untuk semua video yang anda buat, ia membantu saya melalui masa yang sukar,” ujar Alif lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Sumber: Alif Satar/Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana