Siakap Keli
Kredit: NADMA

Identiti Enam Mayat Mangsa Insiden Tanah Runtuh Batang Kali Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Enam daripada 21 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya telah dikenal pasti setakat 7 pagi tadi.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), identiti mangsa dikenal pasti dengan pengecaman oleh waris atau menerusi ujian cap jari, manakala proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.

Sementara itu, empat orang masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan seorang di Hospital Kuala Lumpur manakala tiga yang menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu dibenarkan pulang semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Pada 2.42 pagi Jumaat, telah berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan tersebut.

Berikut adalah senarai nama mangsa yang terkorban:

1. Lim Wei Xin (perempuan-dewasa)

2. Hong Mei Jing (perempuan-dewasa)

3. Nurul Azmani (perempuan-dewasa)

4. Lai Lee Yin (perempuan-dewasa)

5. Tong Kai (kanak-kanak lelaki – 9 tahun)

6. Lai Lee Koo (perempuan-dewasa)

Berikut adalah senarai nama mangsa yang dirawat:

BACA: Operasi SAR 12 Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali Disambung Semula Pagi Ini

Sumber: BERNAMA

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma