Siakap Keli
Gambar: APM

Tar Si Anjing K9 APM Turut Kerah Tenaga, Tak Berhenti Hidu Kawasan Cuba Kesan Mangsa Tanah Runtuh

Tar Si Anjing K9 APM Turut Kerah Tenaga, Tak Berhenti Hidu Kawasan Cuba Kesan Mangsa Tanah Runtuh

Tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran dengan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada awal pagi 16 Disember lalu telah mengejutkan negara.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan bermula dari awal pagi semalam sehingga ke hari ini bagi mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus.

Antara agensi-agensi yang terlibat dalam operasi SAR ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan banyak lagi.

Malah, Unit Anjing Pengesan (K9) dari APM juga dilihat sedang membantu untuk mencari mangsa tragedi tanah runtuh itu.

Video yang di muat naik oleh APM di laman Instagram menjelaskan pihaknya menggunakan kepakaran daripada pasukan Unit K9 baka Labrador, yang dinamakan Tar, diimport dari Holland.

Anjing pengesan ini telah dilatih oleh International Rescue Organization (IRO) secara khusus dan secara tidak langsung menjadikan ia sebagai pilihan yang tepat untuk membantu dalam operasi mencari mangsa di tanah runtuh.

APM juga menyatakan bahawa anjing pengesan K9 tersebut telah diiktiraf dan lulus latihan.

“Untuk operasi tanah runtuh, kami menggunakan kepakaran daripada anjing pengesan APM untuk membantu urusan mencari dan menyelamat. Ini merupakan satu elemen atau kepakaran yang sangat-sangat membantu dan berguna dalam operasi ini,” kata APM dalam video berkenaan.

Setakat ini, angka korban tragedi tanah runtuh meningkat kepada 24 mangsa dan 9 lagi masih belum ditemui.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angkatan Pertahanan Awam (@mcdf.my)

BACA: Mangsa Imbas Detik Cemas, Tolong Korek Tanah Timbus & Jumpa Wanita, Rayu “Selamatkan Bayi Saya”

Sumber: APM

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.