Siakap Keli
Pantai timur alami hujan lebat berterusan
Gambar: BERNAMA

Amaran Hujan Sangat Lebat Berterusan Berstatus Bahaya Di Pantai Timur Hingga Rabu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan sangat lebat berterusan berlaku melibatkan Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang sehingga Rabu ini.

Menerusi satu kenyataan, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan oleh MetMalaysia yang membabitkan negeri pantai timur serta Pahang di daerah Jerantut dan Kuantan.

“Hujan lebat berterusan (buruk) dijangka berlaku di Perlis, Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling. Bagi Perak di seluruh kawasan Hulu Perak dan Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

“Bagi hujan berterusan (waspada) dijangka akan berlaku di Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang. Manakala, Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, di Pahang pula membabitkan daerah Raub, Temerloh dan Bera. Manakala di Johor, dijangka berlaku di kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: MetMalaysia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana