Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemandu Maut, Ferrari Terbelah Dua Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Buah Kenderaan
Seorang lelaki yang memandu sebuah Ferrari maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terbelah dua di sebuah jalan raya di California, lapor New York Post.
Pemandu yang berusia 71 tahun itu dikatakan memandu dengan laju sehingga menyebabkannya tidak dapat membelok di jalan Santiago Canyon sebelum merempuh sebuah SUV Mazda berwarna perak dan Toyota berwarna biru.

Menurut Pegawai Maklumat Awam California, kemalangan itu dilaporkan berlaku di komuniti Gunung Santa Ana di Silverado, Anselmo Templado.
Pemandu Ferrari itu berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu dalam kereta lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan itu telah menyebabkan serpihan kenderaan berterabur di sepanjang lebuh raya di lereng bukit. Pemandu juga dikatakan tidak berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu kemalangan itu berlaku.
Rakaman udara tempat kejadian berdasarkan laporan Fox 11 Los Angeles menunjukkan Ferrari berwarna merah itu telah hancur berderai akibat rempuhan kuat. Bahagian belakang kereta tersebut telah tercabut dari tempat duduk penumpang.
Jalan sepanjang 11 batu itu telah menyaksikan enam kemalangan maut melibatkan motosikal dalam tempoh tujuh minggu pada musim panas 2016 lalu.
Sumber: New York Post